Sempena hari ini 15 Syaaban nak share dengan apa itu Nisfu Syaaban...
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi
“ Rasulullah
Setelah Baginda
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
* sumber wikipedia
Hari ni buku amalan baru dah di buka..tahun ni kena tambah amal ibadat yang mane yang kurang-kurang tu..banyakkan sedekah, tambah solat-solat sunat..lancar mengaji (dah start belajar kat office) insha allah..moga dipermudahkan..
Ya Allah permudahkanlah hambaMu ini menambahkan ilmu dunia dan akhirat..Moga-moga hari ini hujan Ya Allah.. tahap jerebu dah makin teruk..kesian kat anak-anak dah start bersin, batuk dan selsema..Sekolah semua Selangor tutup hari ini...mode jaga anak ^_^
No comments:
Post a Comment