Followers

Jom Klik

Friday 28 August 2015

Daftar Haji Dengan Duit KWSP

Assalamualaikum...
Sempena pagi jumaat yang mulia ni aku nak share pasal daftar haji menggunakan duit KWSP.. syarat utama nak daftar haji kena ada simpanan RM1300 dalam akaun tabung haji..aku duk tangguh nak daftar haji sebab takut nak pakai duit tu..untuk pengetahuan korang sekali dah daftar duit tu dah tak bole bawak keluar..

Tapi niat nak daftar Haji tu memang nak sangat-sangat...banyak-banyak la doa moga Allah permudahkan..satu hari tu aku ada baca dekat FB official Tabung Haji yang menyatakan boleh daftar haji dengan KWSP..terdetik dalam hati ini lagi senang..guna akaun 2 je ;)

Lepas aku setel hutang diploma PTPTN guna duit KWSP aku pun ajak en suami register haji sama-sama ;) yang penting korang kena bawak penyata KWSP tu bagi tujuan pengesahan ;)
boleh daftar suami isteri ;) tapi kalau umur kat sistem tahun 2079 baru dapat pergi Haji..dah tua dah time ni..tapi pegawai tu kata boleh buat rayuan nanti kalau duit simpanan dah cukup...

Apalagi korang cara mudah daftar haji dengan menggunakan duit KWSP..moh la daftar Haji ;)
maklumat lanjut boleh refer sini





Wednesday 12 August 2015

Aktiviti DIY Bersama Anak Cipta Trek Kereta

Baru nak update aktiviti dengan anak-anak masa bulan puasa aritu ;) duk belek-belek gambar dalam handfon baru perasan ada gambar ni yang aku nak share dengan korang.. aku pun amik idea ni dari blogger ni O'GOSH sebab akak ni memang rajin buat aktiviti DIY dengan anak lelaki dia jimat dan murah!

Modal tak sampai rm10 untuk sediakan trek kereta tu.. yang penting kena ada
1) mounting board warna hitam
2) liquid paper (sebab nak lukis trek)
3) kereta mainan



black mounting board

Ni la hasilnya abahnye yang tukang lukis..memasing teruja tengok abahnya melukis :) selamat mencuba


hasilnye!!

dapatla hot wheel trek baru


danial dengan trek baru

dah letih main kite minum susu dulu



Tuesday 11 August 2015

Makan-makan kat Seoul Garden Setia City Mall

Masa pertengahan Syawal haritu aku dan budak-budak opis pergi makan kat Seoul Garden Setia City Mall..bos nak belanja tuh!!

first time aku makan kat sini..selalu lalu lalang tapi tak sempat nak menyinggah kalau pergi setia city mall..aku memang tak berapa nak gemar makanan steamboat ni tapi dah orang nak belanja aku on jer hihihi

Mula-mula masuk macam jakun sikit sebab makanan korea kan..konsep buffet all U can eat! tengok macam semua sama jek tapi rupanya aku asyik amik ikan je..nak makan daging rupa macam ikan..huh tipah tertipu..

Sup pulak korang boleh pilih nak sup kimchi / tomyam / sup biasa. Harga sup RM4.60.
Aku suggest sup kimchi la baru la Korea hihihi

HARGA LUNCH (DEWASA) - RM36
HARGA LUNCH (KANAK-KANAK) - RM18
Start makan pukul 11.30 a.m hingga 3.59p.m


HARGA DINNER (DEWASA) - RM48
HARGA DINNER (KANAK-KANAK) - RM22
Start makan pukul 4.00 p.m hingga 10.30 p.m

1st time makan boleh la bagi 4 bintang! yang penting ade grill..boleh ajak famili datang sini pulak ;)
boleh refer website SEOUL GARDEN


Cerita Hari Raya 2015

Hari ni dah masuk 26 Syawal 1436! kejap je masa berlalu dah nak habis raya pun.. tahun nie raya ala kadar je sebab gaji gomen masuk awal so kena pandai la berjimat cermat :) alhamdulillah tahun nie anak dah 3 orang..kalut jugak pagi raya nak siapkan budak-budak nie..kali nie beraya di penang ;)

ok la just nak share ragam kami sekeluarga sepanjang bulan Syawal nie ;)

satu famili

free style
me & little princess


mee udang sg dua
dgn aida jebat

candid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...