Followers

Jom Klik

Sunday 29 September 2013

Set Vitamin Shaklee untuk Bakal Jemaah Haji dan Umrah


Set Shaklee untuk Bakal Jemaah Haji Dan Umrah
-------------------------------------------------------

1. Performance Drink- untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.
Bawak setin terus.. memang setin habis... bancuh dlm botol air mineral dengan air zam2... sehari 2-3x minum, pasti best dan bertenaga...

2. B Complex- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Memandangkan ibadah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna , adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

3. Vitamin C Chewable- sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

4. Kalsium @ Ostematrix- Sesungguhnya ibadah haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan.

5. Nutriferon - Ini penggalak sistem imun bagus utk antibodi.. Ia umpama pengganti panadol, aspirin, etc (say no to panadol, pain killer). Tak perlu makan setiap hari. Memadai 2-3 paket sehari, dan sekiranya jemaah haji berasa tidak sihat (demam/batuk/ selsema dll) boleh diambil sepeket setiap hari..Ia selamat utk ibu menyusu... dan sesuai utk lelaki dan juga wanita.

6. Advance Joint Health Tablet - sesuai untuk mereka yang mengalami sakit-sakit sendi terutama bagi jemaah haji yang berumur yang mengalami sakit-sakit sendi terutama di bahagian lutut.

Sumber:- myhealthnbeautyshop

Danial Danish ~Happy 1st Birthday~

Lambat nak post pasal birthday Danial..Happy Belated Birthday sayang..maklum la dua-dua anak lahir bulan Syawal tu yang sibuk sikit..tak de masa nak update blog..dah bersawang beberapa minggu ni..

Happy Birthday Sayang
Baby Syawal : Irfan & Danial
My Precious : Danial & Irfan

Nak cerita pasal Muhammad Danial Danish ni lahir 25 Ogos 2012 masa raya ke-7 tahun lepas..Sempat jugak la beraya kat Penang jumpe mertua dan tok aku kat Sik..masa checkup 37 weeks aku tanya doc boleh balik kampung ke tidak..Doc kata boleh lagi cuma kena berjaga-jaga la kalau-kalau dah ade tanda contraction..aku pun nekad la balik kampung ^_^

Raya ke-3 dah gerak balik Klang konvoi dengan famili aku..jammed teruk jugak..sampai kereta abah overheat..aku duk riso jugak jangan terberanak dalam kereta sebab perut asyik mengeras semacam jek..alhamdulillah selamat jugak sampai Klang 8 jam duduk dalam kereta (boleh pergi balik penang ni kalau 8 jam)

Sempat jugak beraya kat Klang jumpa sedara mara kat area Klang dan Kelana Jaya..Masa raya ke-6 hari Jumaat tu aku sibuk mengemas rumah bukan apa takut terberanak awal..instinct aku betul tengahari tu ada keluar tanda darah..tapi aku buat-buat tak tahu..petang tu masa nak solat asar aku tengok kat pantyliner banyak pulak darah keluar..aku pun bagi tau la kat en suami...dia suruh aku siap-siap nak pergi hospital Sg buloh.. Angkut sekali atuk & nenek pergi hospital sebab nanti tak ada orang nak tengok Irfan kat hospital...

Nanti continue experience bersalin Danial secara normal untuk next entry ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...