Followers

Jom Klik

Sunday, 29 September 2013

Danial Danish ~Happy 1st Birthday~

Lambat nak post pasal birthday Danial..Happy Belated Birthday sayang..maklum la dua-dua anak lahir bulan Syawal tu yang sibuk sikit..tak de masa nak update blog..dah bersawang beberapa minggu ni..

Happy Birthday Sayang
Baby Syawal : Irfan & Danial
My Precious : Danial & Irfan

Nak cerita pasal Muhammad Danial Danish ni lahir 25 Ogos 2012 masa raya ke-7 tahun lepas..Sempat jugak la beraya kat Penang jumpe mertua dan tok aku kat Sik..masa checkup 37 weeks aku tanya doc boleh balik kampung ke tidak..Doc kata boleh lagi cuma kena berjaga-jaga la kalau-kalau dah ade tanda contraction..aku pun nekad la balik kampung ^_^

Raya ke-3 dah gerak balik Klang konvoi dengan famili aku..jammed teruk jugak..sampai kereta abah overheat..aku duk riso jugak jangan terberanak dalam kereta sebab perut asyik mengeras semacam jek..alhamdulillah selamat jugak sampai Klang 8 jam duduk dalam kereta (boleh pergi balik penang ni kalau 8 jam)

Sempat jugak beraya kat Klang jumpa sedara mara kat area Klang dan Kelana Jaya..Masa raya ke-6 hari Jumaat tu aku sibuk mengemas rumah bukan apa takut terberanak awal..instinct aku betul tengahari tu ada keluar tanda darah..tapi aku buat-buat tak tahu..petang tu masa nak solat asar aku tengok kat pantyliner banyak pulak darah keluar..aku pun bagi tau la kat en suami...dia suruh aku siap-siap nak pergi hospital Sg buloh.. Angkut sekali atuk & nenek pergi hospital sebab nanti tak ada orang nak tengok Irfan kat hospital...

Nanti continue experience bersalin Danial secara normal untuk next entry ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...