Followers

Jom Klik

Thursday 25 July 2013

Perbezaan GLA Shaklee dan Evening Primerose Oil (EPO)

Hari ini nak update sikit mengenai perbezaan EPO dan GLA Shaklee..Ramai jugak yang bertanya apa bezanya..ok nak share lagi sekali pasal perbezaan dan kebaikan GLA Shaklee ni ^_^

Perbezaan GLA dengan EPO?
  • Kandungan utama yang terdapat dalam EPO adalah GLA iaitu (Gama Linolenic Acid).
  • GLA biasanya didapati daripada minyak bunga Borage.
  • GLA Complex Shaklee mengandungi GLA, minyak biji bunga matahari & Vitamin E

Kebanyakkan wanita moden masa kini mengamalkan pengambilan EPO untuk kesihatan mereka. Antaranya untuk mengatasi masalah kitaran haid, masalah PMS (Pre-menstrual syndrome), jerawat, senggugut, menopause dan lain-lain lagi. Fungsi utama EPO ialah menstabilkan hormon dalam badan.

Kebaikan GLA Complex Shaklee :
· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkan immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.



Thursday 18 July 2013

Heroku Demam Panas

Tiga hari cuti rehat menjaga heroku Danial demam panas..actually dari minggu lepas dia dah demam tapi on off la demam dia..tapi aku tak ambil cuti..sepanjang minggu lepas Danial batuk dan selsema siap keluar taik mata..dah refer DEMC tapi masa tu baru demam so doktor tak bagi antibiotik..

Aku bagitau doktor Shahril tu haritu demam doktor bagi amoxyl (Amoxicillin) antibiotik Danial naik ruam kat tangan dan kaki..Doktor kata aku kena ingat pasni Danial tak boleh makan antibiotik tersebut seumur hidup..kesian anak ibu..Aku pun bagitahu Doktor budak-budak ni kalau demam ambil antibiotik kat DEMC je baru ok..pergi klinik biasa tak jalan..doktor tu pun check la history ubat yang diaorang ambil..doktor kata sebab diaorang dah ambil antibiotik paling kuat so bila makan yang klinik biasa bagi ubat tu tak jalan..aku dengar terus terdiam..menyesal pun ada..redha je la janji diaorang cepat baik ;(
Danial main dengan abg Irfan
Sambung balik kisah Danial..Jumaat tu demam dia datang balik..so aku pun mandikan dia dalam pukul11 malam nak bagi suhunya turun..masuk ubat punggong..pastu dia dah berpeluh ok la..sabtu pagi Danial ok lagi makan minum semua ok..petang aku tengok dia menggerang masa tido..aku pegang dahi dia..rasa panas, check kaki dan tangan dah sejuk..aku tengok bibir dia dah pucat badan pun menggeletar..cepat-cepat aku kejutkan Danial bangun basahkan kepala dia..masukkan ubat dalam punggong..sejam lepas tu tengok panas lagi aku pun mandikan dia bagi suhu turun sikit..Aku bagitau En Suami nak pergi klinik tak? time tu dah pukul 5 petang hujan pula tu nak prepare waktu buka puasa lagi..so kitaorang decide pergi lepas waktu berbuka..

Lepas berbuka tu pun jadi balik..bawa terus pergi DEMC..check suhu 38.6C aku pun bercerita kat misi tu kata demam on off dah seminggu..aku kata aku nak Danial ambil darah...jumpa Doktor Syazwan pula (aku kata kat en suami hensemnye doc ni) sempat jugak tu..aku bagitau Dr Syazwan aku nak Danial kena neb sebab batuk dia macam tak ok lagi..pastu minta extra ubat punggong..

Kisah hari Ahad pula..malam tu Danial dah ok aku pun pergi la hantar barang dekat sepupu aku kat Kg Raja Uda..balik tu Danial macam dah dedo aku bagi ubat demam syrup..dalam pukul 12.30 a.m baru tido..dalam pukul 3.00 a.m aku terjaga dengar suara Danial mengerang..tangan aku terus pegang dahi tengok dah panas..badan dia pula menggigil..cuak terus ambil termometer suhu dah 39.5C..terus aku bangunkan dia basahkan kepala dan ambil kain tekap-tekap badan dia..pastu baru masuk ubat punggong..aku terus kejut En Suami kata nak bawa pergi hospital..nak menangis pun ada hanya Allah je yang tahu..aku decide suruh En Suami bawa ke PPUM sebab ade emergency pediatrik..sampai dalam pukul 4.00 a.m..15minit je dari Klang tu pun sebab pecut tak hinggat..Sepanjang perjalanan tu macam-macam doa aku baca..sampai terus register dan check suhu..doc decide nak ambil darah pukul 4.30 a.m..bersahur la kat PPUM dengan suasana sejuk pagi-pagi tu..Danial pun lapar jugak..makan roti bakar..Result darah keluar pukul 6.30a.m..alhamdulillah doctor Su kate darah normal..17 Julai datang balik untuk check up balik..

16 Julai tu aku ambil cuti lagi nak monitor sendiri Danial..aku beli air kelapa muda bagi Danial minum dan air Anugerah untuk lumur badan dia sambil baca zikir dan doa ni..korang boleh amalkan..insha allah memang berkesan


Pastu selawat syifa' ni sambil-sambil lap badan baca zikir nie:-


Ubat demam dan antibiotik memang kena bagi ikut aturan..alhamdulillah Danial dah kembali cergas main dengan abang Irfan..

17 Julai pergi check up PPUM..ambil suhu badan dan timbang berat..Doktor Salbiah tanya macam-macam la jugak dari segi makan, minum, cirit birit dan keaktifan Danial bermain..siap tanya macam mana merancang kehamilan..bab ni kalau kena soal memang lemas nak jawab..sebab aku merancang sendiri..Doktor pun terang la risiko-risikonya kalau merancang sendiri..aku senyum je la..
Alhamdulillah doktor kata tak payah ambil darah..takut Danial trauma pula asyik kena cucuk..dah la masa kecik pun jaundis kena sebulan..asyik ambil darah..kesian danial ;(

Klinik Keluarga PPUM

Syukur Danial dah sembuh..tapi still kena monitor..cuaca kat luar ni bukan elok sangat nak bawa baby jalan-jalan..kena bagi Danial minum air masak banyak-banyak..abg Irfan pun dah start batuk balik..so kena jaga kesihatan diri, en suami dan anak-anak.. Dari situ aku belajar itu lah pengorbanan seorang ibu..agaknye kecik-kecik dulu mak dan abah pun macam aku jugak berjaga malam bila anak-anak demam..kesian mak dan abah..

Friday 5 July 2013

GLA Shaklee vs EPO



Dah masuk hari ke 5 promosi GLA Shaklee bulan Julai 2013 nie.. Ok nak share sikit pengalaman setelah mengamalkan 4 bulan makan GLA Shaklee..

Alhamdulillah semalam scan dekat Klinik Suraya Seksyen 3 Doktor Wan Sabrina kata cyst saiz dah normal 1.8x1.7..tapi 2 minggu lagi kena datang jumpa Doc Sabrina sebab nak tahu keputusan Pap Smear..sebelum ni check Pap Smear kat klinik gomen..tapi tak sempat nak pergi..


Pengasuh Danial, min pun ada ambil GLA nie..Alhamdulillah setelah 3 bulan mengambil GLA masa period senggugut dah hilang setelah bertahun-tahun menghadapi senggugut..Syukur sangat sebab dapat bantu member-member yang menghadapi masalah macam nie...


Testimoni GLA

EPO vs. Borage Oil (Shaklee GLA Complex)


EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi.

Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.
Perbezaan antara EPO dengan borage oil? Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.

Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).
 Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

credit: vitaminsemulajadi.com
SIAPA PERLU AMBIL GLA???
  • Mereka yang mempunyai period tidak teratur
  • Mereka yang ingin hamil setalah setahun mencuba
  • Mereka yang mengalami sindrome PMS
  • Wanita yang hampir/sudah menopaus
  • Mereka yang mengalami masalah diebetes
  • Mencantikkan kulit
  • Menghilangkan jeragat
CADANGAN PEMAKANAN:

Untuk memelihara kesihatan: 1 kapsul 2x sehari (lepas makan)
Untuk menopaus, pelangsingan, hiperaktif: 2kapsul 2x sehari (lepas makan)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...