Followers

Jom Klik

Friday 29 November 2013

Kenali Tanda-tanda Kencing Manis

Anda rasa anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi awas, kebanyakan diabetes melitus hadir tanpa kita sedari dari awal. Sebenarnya terdapat tanda-tanda awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu:

Tanda-Tanda Awal Diabetes:

1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.

Tanda-Tanda Diabetes:

TANDA-TANDA DIABETES1.  Menghadapi masalah jangkitan yang kerap 
     seperti:-
     - Kulit
     - Gusi
     - Jangkitan pundi kencing
2.  Penglihatan yang semakin kabur
3.  Luka lambat sembuh
5.  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
4.  Rasa kebas di tangan atau kaki
5.  Tekanan darah tinggi mula hadir
6.  Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan 
     otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

Punca-Punca Diabetes Melitus

Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu: 

1.  Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan 
     insulin setiap hari.
2.  Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak 
     menggunakan insulin dengan betul seperti biasa


TANDA-TANDA DIABETES

Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes

 -  Adik beradik kepada pesakit diabetes
 -  Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
 -  Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
 -  Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
 -  Individu yang tindak bersenam
 -  Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun

Pencegahan Diabetes Melitus

Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT 
    Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta 
    mengikut keperluan umur

2. BERSENAM
    Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 
    20 minit bagi setiap sesi  dan bertambah 
    menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN 
    Lakukan pemeriksaan doktor apabila 
    anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT
    Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk 
    menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi 
    dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
    Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya 
    penyakit diabetes dalam tubuh.

sumber dari : anakkecilkuchak.blogspot.com

Set Kencing Manis Shaklee

B COMPLEX – menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC – membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

Bajet set asas ini tak sampai dalam rm100 pun ^_^ bole tahan 4 bulan jika mengambilnya...

Kalau ada bajet lebih korang boleh refer yang kat bawah nie..

VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh

ALFALFA – kaya dengan nutrisi dan mineral surih

GLA – mengimbangi hormone insulin dan menurunkan kolestrol

ESP – membekalkan tenaga

VITA-C – sebagai antioksidan semulajadi

>> Tanda-tanda mengenali kencing manis <<

Berminat nak cuba dan hadiahkan kepada ibu bapa anda? Jom hubungi sekarang dan dapatkan harga istimewa!!
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT

Sempena petang jumaat ini nak ajak korang baca kesilapan umum ketika solat..Moga-moga amalan kita diterima olehNya..amin

PETIKAN DARI SUMBER INTERNET;LAYAR MINDA.


1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki.

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agartidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Danmenurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyatakhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan dudukdi atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya.

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).”

29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat


33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan programkeduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Merekamembuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengahmelaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah.

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).

KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA

[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya
.[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.

36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.

37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”

“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْØ­َانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ Ù„ُÙ„ُُ 33 kali, takbir الُ Ø£َكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –sahih)

38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.

Bab penutup :

Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakansolat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidaksempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal gara-gara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.

Wednesday 27 November 2013

Bicara Ad-din : Maal Hijrah

Harini ada program bual bicara bersama Ybhg. Dr. Hj Zahazan kat Pusat Islam UiTM..semangat hari nak pergi dengar ceramah sebab tak pernah lagi jumpa ustaz zahazan..selalu dengar dalam radio ikim ceramah beliau..ada artis jemputan Adam AF pasal penghijrahan beliau..
Banyak ilmu yang dikongsikan oleh ustaz zahazan yang membuatkan hati aku tersentuh..banyak lagi ilmu agama yang harus aku dalami..cetek benar ilmuku...
Antara perkongsian beliau mengenai perkara yang lepas jangan dikongsi dengan orang lain contoh macam masa bujang orang tu pernah membuat maksiat..dan tiba waktu perkahwinan tidak perlu cerita pada pasangan mereka mengenai perkara yang lepas..taubat perlu ada..
Hidup sentiasa membuat perkara baik..tak semestinya artis tu tak boleh berdakwah..kalau fans nye berubah dari tak berhijab kemudian berhijab semata-mata kerana Allah pun dah dapat pahala..
Sebagai ibu bapa aku kena banyak belajar lagi cara nak didik anak..kadang-kadang aku ni baran jugak nak marah anak..sori sayang ibu akan perbaiki semua itu...
Banyak lagi tapi yang ni je yang paling aku ingat hihi..inshaa Allah aku akan berubah


Antara buku yang sempat aku beli..

Thursday 14 November 2013

"BLOGGER GEMPAK 2013" AWARD

Salam semua blogger..
Apa kata kita join contest ni..mane la tau ada rezki bole pulak menang..

Kepada penganjur, harap-harap blog saya diterima :)



Berita baik untuk semua blogger Malaysia!



Award "BLOGGER GEMPAK 2013" Bermula..!




Pelbagai Hadiah Menarik Bakal Dimenangi!

Hadiah-hadiah :

Tempat Pertama : 1 Pemenang - RM100 + Piala "BLOGGER GEMPAK 2013" + 1 Tudung + 1 Bantal Kraftangan Saiz A4 + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Kedua : 1 Pemenang X RM50 + 1 Tudung + 1 Tasbih Digital + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Ketiga : 1 Pemenang X 1 Tasbih Digital + 1 Tudung + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Saguhati : 20 Pemenang X Setiap Pemenang Berpeluang Memenangi Satu Hadiah (Tudung, Shawl, Lotion, Mineral Coffee, Tasbih Digital, Fridge Magnet, Keychain, Masker Savee, Topup HP, Minyak Angin Fresh Care, dan macam-macam lagi)


Menarik bukan?

Syarat-syarat Contest :

1. Follow Blog Ejulz & Semua Sponsor;


2. Like Page FB :



3. Klik Banner Sponsor ;

[KLIK]


4. Buat satu entry di blog anda yang bertajuk "BLOGGER GEMPAK 2013 AWARD".
5. Dalam entry WAJIB letak BANNER CONTEST dan hyperlink ke link contest ini.
6. Letak link entry anda pada ruangan kotak komen di bawah.
7. Jika Disahkan Syarat-syarat cukup, Ejulz akan Print Screen entry contest dan akan diletakkan ke dalam Album "BLOGGER GEMPAK 2013" AWARD.
8. Gambar Print Screen Entry yang mendapat LIK TERBANYAK akan dikira pemenang. Kira adil bukan? ^_^





JOIN SEKARANG!

TARIKH TUTUP CONTEST ADALAH 4 JANUARI 2014.



Sunday 10 November 2013

Suplemen Gout Dengan Shaklee

Hari ini nak share pasal penyakit gout. Sekarang ini orang muda pun boleh kena gout kalau tak jaga pemakanan..jom kita kenalpasti apa punca penyakit gout ini..


Punca Gout
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Suplemen yang dicadangkan :-

 1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.



2. Performance Drink - memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Omega Guard - Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.


Jangan biarkan diri anda menderita akibat serangan gout!!!

Jom dapatkan SEGERA dari pengedar sah anda!!

Hubungi Dira
Whatsapp / SMS : 0123555029
SID : 907354


Wednesday 30 October 2013

Suka Duka Bulan Oktober

Sepanjang bulan Oktober ini macam-macam kisah suka duka aku sekeluarga..

Aku kehilangan mak tok ketika mak dan abah menunaikan Haji..Oleh kerana tidak mahu mengganggu urusan Haji mereka, kami telah bersepakat setuju untuk tidak memberitahu abah tentang perginya tok menghadap Ilahi pada 5 Oktober 2013. Aku adik beradik sempat pulang ke Sik ketika tok sudah tidak sedarkan diri..Doktor sahkan tok tekanan darah rendah dan decide untuk masukkan drip water..kami pun pulang ke Klang pada 1 Oktober tu sebab masing-masing ada kerja..

Tup tup Jumaat malam Sabtu tu dapat panggilan dari Mak Teh..Mak Teh kata tok dah tak ada..tergamam kejap ingat kat abah..malam tu pula aku tido awal letih sangat tak cukup rehat sejak balik dari Sik haritu..dah tergerak nak call pak su nak tanya keadaan tok tapi tertido awal..kereta aku pulak memang tengah problem dengan break..nasib aku dan noci dah balik Klang..terus kitaorang balik Sik satu kereta guna kereta abah. Sempat kami melihat tok untuk kali terakhir sebelum jenazah tok dimandikan dan dikapankan. Alhamdulillah tok pergi dengan tenangnya dan segala urusan pengebumian sungguh mudah..1st time aku rasa macam tu sebab adik aku follow van jenazah sampai masjid..tapi masih jugak tak sempat nak solat jenazah..tau-tau dah abis kemudian jenazah dah dimasukkan ke liang lahad..cepat betul rasanya..mengikut pengalaman orang tua-tua kata orang yang dah pergi Haji memang cepat urusannya..mula-mula aku tak berapa nak faham tapi fikir-fikir balik tok aku ni masa hayatnya rajin baca quran..tiba-tiba aku rasa insaf terasa diri ini masih belum cukup amalan untuk dibawa ke sana ;(

Arwah tok dengan Danial
11 Okober 2013 
11 Oktober lepas..birthday anakku irfan..alhamdulillah dah makin besar abang irfan..syukur alhamdulillah semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. Walaupun ibu kadang-kadang marah dengan irfan bukan maknanya ibu tak sayang irfan ;( biasa la tu kerenah anak-anak kadang kita pun jadi tak sabar.. Ibu sayang irfan...
Happy Birthday M. Irfan Danish - 4 years old
21 September lepas mak dan abah pergi menunaikan haji di tanah suci..memandangkan bulan ni macam-macam berlaku..terasa tak sabar nak menunggu kepulangan mak dan abah 6 November ni..Akhirnya abah dah tau juga tok dah pergi meninggalkan kami..kami adik beradik punya la berahsia..bila diaorang call kata tok ok je..abah call paksu nak cakap dengan tok..paksu akhirnya beritahu tok dah tak ada..tergamam abah haritu..terus mak call noci apa cerita sebenarnya..aku masa tu kalut jaga Irfan yang kena chicken pox..tapi kitaorang adik beradik minta maaf kat mak dan abah takut diaorang tak dapat fokus haji..abah dapat terima walaupun sedih :(

Macam-macam dugaan bulan nie..mungkin ada hikmah disebaliknya..Ya Allah permudahkan segala urusan hambamu ini..amin

Irfan Danish kena chicken pox

Abah dan Mak pergi Haji

Monday 14 October 2013

Hari Arafah 2013

Hari ini 9 Zulhijjah..umah Islam disunatkan puasa pada hari Arafah..waktu Arafah di Malaysia pada pukul 5.10 petang hingga 8.30malam..

Banyak kekebihan berpuasa pada hari Arafah ini..amalan kita pada tahun lepas dan pada tahun ini akan terampun..berbanyakkan zikir pada hari ini..in Sha Allah akan dimakbulkan..

Menurut sumber Tabung Haji jemaah Malaysia telah tiba di Arafah..maknanya mak & abah dah sampai Arafah..semoga ibadat dan doa mereka termakbul ya Allah..anakmu sentiasa mendoakan kesihatan dan keselamatan mereka terpelihara olehNya

Sunday 29 September 2013

Set Vitamin Shaklee untuk Bakal Jemaah Haji dan Umrah


Set Shaklee untuk Bakal Jemaah Haji Dan Umrah
-------------------------------------------------------

1. Performance Drink- untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.
Bawak setin terus.. memang setin habis... bancuh dlm botol air mineral dengan air zam2... sehari 2-3x minum, pasti best dan bertenaga...

2. B Complex- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Memandangkan ibadah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna , adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

3. Vitamin C Chewable- sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

4. Kalsium @ Ostematrix- Sesungguhnya ibadah haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan.

5. Nutriferon - Ini penggalak sistem imun bagus utk antibodi.. Ia umpama pengganti panadol, aspirin, etc (say no to panadol, pain killer). Tak perlu makan setiap hari. Memadai 2-3 paket sehari, dan sekiranya jemaah haji berasa tidak sihat (demam/batuk/ selsema dll) boleh diambil sepeket setiap hari..Ia selamat utk ibu menyusu... dan sesuai utk lelaki dan juga wanita.

6. Advance Joint Health Tablet - sesuai untuk mereka yang mengalami sakit-sakit sendi terutama bagi jemaah haji yang berumur yang mengalami sakit-sakit sendi terutama di bahagian lutut.

Sumber:- myhealthnbeautyshop

Danial Danish ~Happy 1st Birthday~

Lambat nak post pasal birthday Danial..Happy Belated Birthday sayang..maklum la dua-dua anak lahir bulan Syawal tu yang sibuk sikit..tak de masa nak update blog..dah bersawang beberapa minggu ni..

Happy Birthday Sayang
Baby Syawal : Irfan & Danial
My Precious : Danial & Irfan

Nak cerita pasal Muhammad Danial Danish ni lahir 25 Ogos 2012 masa raya ke-7 tahun lepas..Sempat jugak la beraya kat Penang jumpe mertua dan tok aku kat Sik..masa checkup 37 weeks aku tanya doc boleh balik kampung ke tidak..Doc kata boleh lagi cuma kena berjaga-jaga la kalau-kalau dah ade tanda contraction..aku pun nekad la balik kampung ^_^

Raya ke-3 dah gerak balik Klang konvoi dengan famili aku..jammed teruk jugak..sampai kereta abah overheat..aku duk riso jugak jangan terberanak dalam kereta sebab perut asyik mengeras semacam jek..alhamdulillah selamat jugak sampai Klang 8 jam duduk dalam kereta (boleh pergi balik penang ni kalau 8 jam)

Sempat jugak beraya kat Klang jumpa sedara mara kat area Klang dan Kelana Jaya..Masa raya ke-6 hari Jumaat tu aku sibuk mengemas rumah bukan apa takut terberanak awal..instinct aku betul tengahari tu ada keluar tanda darah..tapi aku buat-buat tak tahu..petang tu masa nak solat asar aku tengok kat pantyliner banyak pulak darah keluar..aku pun bagi tau la kat en suami...dia suruh aku siap-siap nak pergi hospital Sg buloh.. Angkut sekali atuk & nenek pergi hospital sebab nanti tak ada orang nak tengok Irfan kat hospital...

Nanti continue experience bersalin Danial secara normal untuk next entry ;)

Tuesday 27 August 2013

Set Kesuburan Shaklee






Antara penyebab adalah ketidaksuburan seseorang berkait rapat dengan masalah berikut:
  • Masalah organ peranakan seperti fibroid dan endometriosis
  • Kegagalan ovulasi
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Masalah KEPUTIHAN
  • ANEMIA
  • Usia
  • STRESS
  • MEROKOK/ALKOHOL 
SET SUBUR SHAKLEE MEMBANTU UNTUK HAMIL DENGAN:
  • Membaiki kitaran haid lebih teratur dan boleh merancang wakts subur dengan tepat
  • Meningkatkan kesuburan
  • Membina sel darah merah
  • Meningkatkan bilangan & kuantiti sperma
  • Membekalkan NUTRISI kepada sistem peranakan
  • mengatasi masalah KEPUTIHAN
  • Melegakan STRESS
Menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral.

4 vitamin wajib yang harus dicuba untuk meningkatkan peluang kehamilan:

+++++++++++++++++++

GLA & Alfalfa ----- ♡ ISTERI

VITA E & ZINC -----♡ SUAMI

+++++++++++++++++++

✪ GLA COMPLEX SHAKLEE

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Wanita PERIOD TAK TERATUR
  • Wanita yang PERIOD HEAVY FLOW atau SEDIKIT
  • Wanita yang PUTUS HAID
  • Wanita yang sering LEWAT DATANG HAID
  • Wanita yang SENGGUGUT 
  • Membantu meningkatkan kesuburan (menghasilkan cecair serviks)– trying to conceive baby! 
  • Membantu sperma hidup lebih lama (5hari)dalam tiub fallopio & memudahkan berenang terus ke fallopio
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid/senggugut) – abdominal pain, breast pain
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri bagi mengelak risiko keguguran
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Untuk fungsi saraf

✪ VITAMIN E

  • meningkatkan kualiti sperma
  • meningkatkan "sperm count"
  • digunakan secara meluas terutamanya dalam rawatan kesuburan
  • membantu dalam masalah "mati pucuk"
  • membantu meningkatkan libido (keinginan seks)
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Mengurangkan risiko keguguran ketika hamil bagi wanita.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
✪ ALFALFA COMPLEX SHAKLEE
  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  • Melegakan sakit sendi dan belakang
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • Meningkatkan stamina seorang suami
✪ ZINC COMPLEX
  • Menghasilkan sperma yang lebih berkualiti & sihat
  • Membantu memekatkan air mani
  • Meningkatkan jumlah sperma
  • Meningkatkan keaktifan sperma (motility sperm)
  • Membantu melindungi sperma dalam menentang bakteria dalam vagina.
  • Mencegah dari kemandulan
  • Meningkatkan fungsi organ seksual
 Kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik Insha Allah...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...