Followers

Jom Klik

Wednesday, 30 October 2013

Suka Duka Bulan Oktober

Sepanjang bulan Oktober ini macam-macam kisah suka duka aku sekeluarga..

Aku kehilangan mak tok ketika mak dan abah menunaikan Haji..Oleh kerana tidak mahu mengganggu urusan Haji mereka, kami telah bersepakat setuju untuk tidak memberitahu abah tentang perginya tok menghadap Ilahi pada 5 Oktober 2013. Aku adik beradik sempat pulang ke Sik ketika tok sudah tidak sedarkan diri..Doktor sahkan tok tekanan darah rendah dan decide untuk masukkan drip water..kami pun pulang ke Klang pada 1 Oktober tu sebab masing-masing ada kerja..

Tup tup Jumaat malam Sabtu tu dapat panggilan dari Mak Teh..Mak Teh kata tok dah tak ada..tergamam kejap ingat kat abah..malam tu pula aku tido awal letih sangat tak cukup rehat sejak balik dari Sik haritu..dah tergerak nak call pak su nak tanya keadaan tok tapi tertido awal..kereta aku pulak memang tengah problem dengan break..nasib aku dan noci dah balik Klang..terus kitaorang balik Sik satu kereta guna kereta abah. Sempat kami melihat tok untuk kali terakhir sebelum jenazah tok dimandikan dan dikapankan. Alhamdulillah tok pergi dengan tenangnya dan segala urusan pengebumian sungguh mudah..1st time aku rasa macam tu sebab adik aku follow van jenazah sampai masjid..tapi masih jugak tak sempat nak solat jenazah..tau-tau dah abis kemudian jenazah dah dimasukkan ke liang lahad..cepat betul rasanya..mengikut pengalaman orang tua-tua kata orang yang dah pergi Haji memang cepat urusannya..mula-mula aku tak berapa nak faham tapi fikir-fikir balik tok aku ni masa hayatnya rajin baca quran..tiba-tiba aku rasa insaf terasa diri ini masih belum cukup amalan untuk dibawa ke sana ;(

Arwah tok dengan Danial
11 Okober 2013 
11 Oktober lepas..birthday anakku irfan..alhamdulillah dah makin besar abang irfan..syukur alhamdulillah semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. Walaupun ibu kadang-kadang marah dengan irfan bukan maknanya ibu tak sayang irfan ;( biasa la tu kerenah anak-anak kadang kita pun jadi tak sabar.. Ibu sayang irfan...
Happy Birthday M. Irfan Danish - 4 years old
21 September lepas mak dan abah pergi menunaikan haji di tanah suci..memandangkan bulan ni macam-macam berlaku..terasa tak sabar nak menunggu kepulangan mak dan abah 6 November ni..Akhirnya abah dah tau juga tok dah pergi meninggalkan kami..kami adik beradik punya la berahsia..bila diaorang call kata tok ok je..abah call paksu nak cakap dengan tok..paksu akhirnya beritahu tok dah tak ada..tergamam abah haritu..terus mak call noci apa cerita sebenarnya..aku masa tu kalut jaga Irfan yang kena chicken pox..tapi kitaorang adik beradik minta maaf kat mak dan abah takut diaorang tak dapat fokus haji..abah dapat terima walaupun sedih :(

Macam-macam dugaan bulan nie..mungkin ada hikmah disebaliknya..Ya Allah permudahkan segala urusan hambamu ini..amin

Irfan Danish kena chicken pox

Abah dan Mak pergi Haji

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...