Followers

Jom Klik

Tuesday 20 October 2015

Lombong Cantik Bukit Katak Penang

Dah lama tak update blog.. busy sikit sebulan dua ni kat opis..harini nak nak citer sikit pasal Bukit Katak..Raya haji baru-baru nie kitaorang sempat singgah kat Bukit Katak ni dekat Guar Petai..mula-mula tak tau jugak nak cari tempat ni..mujur adik ipar tahu tempat ni..dekat sangat dengan rumah mertua..dalam 20 minit sampai..aku bagi google maps kot2 la korang nak pergi lepas ni..serius cantik sangat lombong ni!


Kitaorg pergi petang lepas asar..cuaca dah mendung sikit..ye la nak bawak anak-anak panjat bukit ni confirm la mencabar..tapi tak bukan selalu layan je la..bagi diaorang explore sikit ;) berdasarkan cerita en suami tempat ni bekas lombong tinggal.. airnya jadi color hijau..boleh mandi tapi tepi je la sebab tak tau kedalamannye..hati-hati la ek kalau korang rasa nak mandi!

Jom layan gambar yang sempat aku snap!

Panjat bukit! hati-hati kalau pakai selipar


Nampak bendera penang atas tu

nampak belakang tu berderet org parking

melihat ciptaan Ilahi
tasik hijau

ada orang kat atas kepala kami
macam2 pose kami anak beranak
puncak bukit
nampak ada orang mandi kat lombong tu
keretapi lalu
selamat berkunjung!
korang boleh tengok gambar cantik-cantik dekat FB Frog Hill Bukit Katak

Selamat mencuci mata..daaa

Wednesday 2 September 2015

Thirsty Hippo Untuk Almari Berkulat

Salam..
Almari korang pernah jadi tompok-tompok putih tak? pening aku memikir apasal jadi tompok-tompok dalam almari ni..aku ingat kualiti kayu almari ni tak bagus..tapi mahal jgak aku beli almari ni RM300 lebih..letak baju jadi tompok putih uwaaa

tompok putih / kulat

Aku pun try la beli thirsty hippo untuk letak almari aku tu..2 3 hari kemudian aku check balik alhamdulillah tompok-tompok putih tu dah hilang! aku pun dengan excited inform en suami! rupanya-rupanya almari ni pun ada kelembapan juga..so korang bila jadi camni cepat-cepatla beli en hippo ni..nanti dia sedut semua kelembapan dalam almari..hujung bulan korang tengok dah penuh air dalam bekas en hippo ;)

selamat mencuba ^_^

en HIPPO telah sedut kelembapan
 Last week guardian ada buat promosi active charcoal dehumidifier beli 2 percuma satu..fungsi sama dengan en HIPPO..so jimat sikit hihihi

yang ni brand guardian

Friday 28 August 2015

Daftar Haji Dengan Duit KWSP

Assalamualaikum...
Sempena pagi jumaat yang mulia ni aku nak share pasal daftar haji menggunakan duit KWSP.. syarat utama nak daftar haji kena ada simpanan RM1300 dalam akaun tabung haji..aku duk tangguh nak daftar haji sebab takut nak pakai duit tu..untuk pengetahuan korang sekali dah daftar duit tu dah tak bole bawak keluar..

Tapi niat nak daftar Haji tu memang nak sangat-sangat...banyak-banyak la doa moga Allah permudahkan..satu hari tu aku ada baca dekat FB official Tabung Haji yang menyatakan boleh daftar haji dengan KWSP..terdetik dalam hati ini lagi senang..guna akaun 2 je ;)

Lepas aku setel hutang diploma PTPTN guna duit KWSP aku pun ajak en suami register haji sama-sama ;) yang penting korang kena bawak penyata KWSP tu bagi tujuan pengesahan ;)
boleh daftar suami isteri ;) tapi kalau umur kat sistem tahun 2079 baru dapat pergi Haji..dah tua dah time ni..tapi pegawai tu kata boleh buat rayuan nanti kalau duit simpanan dah cukup...

Apalagi korang cara mudah daftar haji dengan menggunakan duit KWSP..moh la daftar Haji ;)
maklumat lanjut boleh refer sini





Wednesday 12 August 2015

Aktiviti DIY Bersama Anak Cipta Trek Kereta

Baru nak update aktiviti dengan anak-anak masa bulan puasa aritu ;) duk belek-belek gambar dalam handfon baru perasan ada gambar ni yang aku nak share dengan korang.. aku pun amik idea ni dari blogger ni O'GOSH sebab akak ni memang rajin buat aktiviti DIY dengan anak lelaki dia jimat dan murah!

Modal tak sampai rm10 untuk sediakan trek kereta tu.. yang penting kena ada
1) mounting board warna hitam
2) liquid paper (sebab nak lukis trek)
3) kereta mainan



black mounting board

Ni la hasilnya abahnye yang tukang lukis..memasing teruja tengok abahnya melukis :) selamat mencuba


hasilnye!!

dapatla hot wheel trek baru


danial dengan trek baru

dah letih main kite minum susu dulu



Tuesday 11 August 2015

Makan-makan kat Seoul Garden Setia City Mall

Masa pertengahan Syawal haritu aku dan budak-budak opis pergi makan kat Seoul Garden Setia City Mall..bos nak belanja tuh!!

first time aku makan kat sini..selalu lalu lalang tapi tak sempat nak menyinggah kalau pergi setia city mall..aku memang tak berapa nak gemar makanan steamboat ni tapi dah orang nak belanja aku on jer hihihi

Mula-mula masuk macam jakun sikit sebab makanan korea kan..konsep buffet all U can eat! tengok macam semua sama jek tapi rupanya aku asyik amik ikan je..nak makan daging rupa macam ikan..huh tipah tertipu..

Sup pulak korang boleh pilih nak sup kimchi / tomyam / sup biasa. Harga sup RM4.60.
Aku suggest sup kimchi la baru la Korea hihihi

HARGA LUNCH (DEWASA) - RM36
HARGA LUNCH (KANAK-KANAK) - RM18
Start makan pukul 11.30 a.m hingga 3.59p.m


HARGA DINNER (DEWASA) - RM48
HARGA DINNER (KANAK-KANAK) - RM22
Start makan pukul 4.00 p.m hingga 10.30 p.m

1st time makan boleh la bagi 4 bintang! yang penting ade grill..boleh ajak famili datang sini pulak ;)
boleh refer website SEOUL GARDEN


Cerita Hari Raya 2015

Hari ni dah masuk 26 Syawal 1436! kejap je masa berlalu dah nak habis raya pun.. tahun nie raya ala kadar je sebab gaji gomen masuk awal so kena pandai la berjimat cermat :) alhamdulillah tahun nie anak dah 3 orang..kalut jugak pagi raya nak siapkan budak-budak nie..kali nie beraya di penang ;)

ok la just nak share ragam kami sekeluarga sepanjang bulan Syawal nie ;)

satu famili

free style
me & little princess


mee udang sg dua
dgn aida jebat

candid

Tuesday 30 June 2015

Pengalaman Bersalin Anak-anak di Hospital Sg Buloh

Alhamdulillah esok Dhiya Amani dah berumur 11 bulan..dah makin lasak budak bertuah ni..kalau ikut tahun lepas time puasa ni dah masuk 36 minggu.. hari ini nak cerita sikit pasal pengalaman bersalin kat Hospital Sg Buloh..last week baru lalu situ terus teringat anak-anak lahir kat situ.. 3 orang anak lahir kat HSB semua ada kenangan manis dan pahit..


1)  Irfan Danish - 11 Oktober 2009

Abg irfan lahir kena czer sebab dia songsang..minggu ke 32 scan dah dapat detect irfan songsang..refer Hospital Sg Buloh doktor bagi option sama ada nak pusingkan baby atau tidak tapi aku rasa takut sebab doktor kata 50-50 sebab kalau ada problem terus emergency czer..bincang punya bincang dengan en suami kitaorg pilih tarikh untuk czer.. 2 hari sebelum tarikh czer tu dah ada contraction..time ni mood beraya ok..lepas jalan2 raya malam tu aku tak boleh tido sakit pinggang macam rasa nak patah..bukak aircond pun rasa tak selesa jugak..contraction setiap setengah jam sampai aku tido duduk la menahan sakit..esok pagi tu aku bitau en suami kata dah tak tahan sakit.. aku sempat rendam bunga kacip fatimah malam tu..tengok pagi esok dah kembang bunga tu..orang tua-tua kata kalau kembang maknanya dah nak bersalin haritu..terus walk in ke dewan bersalin hospital Sg Buloh..mula-mula cerita history kita semua kat doc..masa tu pukul 3.00 petang..doc kata kalau labor room kosong awak masuk lepas ni..mula la aku rasa cuak sebab kalau korang nak tau aku tak reti telan ubat pil..aku siap bagitau nurse tu aku tak reti telan ubat..nasib baik sebelum masuk labor room tu dia bagi minum ubat cecair :)

Cerita dalam OT memang sejuk giler bilik ni..mula-mula korang kena inject bius kat tulang belakang nak bagi kebas dari pinggang hingga ke kaki..dalam 5 minit korang dah rasa kebas..doc akan cubit-cubit kaki & perut dulu tanya ada rasa tak..kalau korang rasa lagi bitau kang x pasal perut korang kena lapah hidup-hidup..huhhh ngeri woo.. tak sampai 15 minit baby dah keluar macam tak percaya pun ada..terus dengar suara irfan nangis..nurse tunjuk baby nak confirmkan dapat baby apa..aku cakap boy ;) pastu doktor kata lepas ni kita akan jahit lepas keluarkan uri..memang antara hidup dan mati kalau ingat balik..yang bagusnya dalam labor room tu nurse tu pasang surah yasin...

Lepas dah jahit korang akan diletak dalam inkubator nak bagi tak de kuman lepas operation..korang memang akan rasa mengigil tak hinggat la rasa macam nak tambah selimut..lepas 1 jam baru korang diletakkan dalam wad pemantauan sebelum masuk wad biasa.. masa dalam wad pemantauan tu korang tak boleh bergerak dalam 6-7 jam sebab ubat bius tak hilang lagi..lepas ubat bius dah hilang nurse akan suruh berjalan perlahan-lahan nak elak darah beku.. 1st time bangun rasa macam perut dah nak tercabut..tapi itu semua perasaan je..perut mengeleber ;( kena duduk hospital 3 hari.. ni la picture abg irfan masa baru lahir

Irfan Danish


2) Danial Danish - 25 Ogos 2012

Danial ni pun lahir 7 Syawal..raya tahun tu sempat jugak aku balik penang..beraya kat penang sampai raya ke 3.. start raya pertama aku asyik sakit perut je..sampai satu tahap beraya rumah orang aku tak nak makan apa-apa minum air je..petang tu masa mandi dah keluar tanda darah..emm nampak darah terus cuak..call en suami..en suami kelam kabut suruh siap-siap pergi hospital..tapi aku tak rasa sakit apa-apa pun.. terdetik pulak hati dah sampai masa ke?? aduh masa tu irfan pun tengah nak manja lebih..sampai hospital dh ambil history kena seluk dengan nurse lelaki..adeh malu giler..nurse tu check baru 2 cm..aku tanya boleh balik tak sebab aku tak rasa sakit..nurse tu kata tak boleh sebab dah keluar tanda darah.. kena stay hospital satu malam..tapi sebelum stay tu aku minum air selusuh..mati kutu jugak malam tu sebab tak ada rasa sakit..disebabkan ni kali pertama kena duduk kat PAC sebab masa irfan duduk kat PAC tu kejap je sebab dah kena tolak dalam OT..kat PAC ni macam-macam korang jumpa ibu-ibu yang tunggu masa nak bersalin..

ada yang tengah terjerit-jerit tahan sakit contraction, terjerit nak beranak..masa anak kedua ni tak berani lagi nak berjalan-jalan..en suami tunggu kat luar sepanjang malam tu..masa pukul 1 pagi baru air ketuban aku pecah..kelam kabut nurse datang check..katanya dah bukak penuh terus bawak wheelchair kat aku..tapi aku tak ada rasa sakit pun..macam mana nak teran?? aku bitau midwife tu..check balik rupanya salah baru 6cm..diaorg tolak aku balik dalam bilik tapi pesan kalau dah rasa sakit bitau segera.. start pukul 3 pagi tu dah rasa contraction 10 minit sekali..aduhhh memang sakit nak jerit tak berani sebab katil sebelah tengah tido..zikir banyak-banyak la..pastu aku rasa lagi banyak air keluar celah kaki..dah tak boleh tahan..aku mintak akak india sebelah katil tu panggil nurse sebab rasa macam dah nak teran..kelam kabut nurse datang check bukaan dah penuh 10cm..time ni dah masuk subuh..pukul 5.00 pagi faham-faham je la time orang tengah sedap tido..danial lahir pukul 5.17 pagi..kelam kabut midwives tu nak prepare katil..midwive tu suruh teran..aku cakap aku tak reti..2 kali try tak boleh..dia dah bising kata nak bagi anak lemas ke..awak kena cepat..aku pun dah tak fikir apa rasa sakit terus aku jerit Allahuakbar terus keluar Danial..bidan tu bersihkan Danial dan terus letak atas dada..first time rasa macam tu ..danial rasa suam-suam kuku..takut pulak aku nak pegang sebab rasa lembik..

Proses nak keluarkan uri pastu nak jahit..masa teran tu tak perasan kena gunting bawah tu..memang sakit la kena jahit hidup-hidup..midwife tu kata bius sikit je..ada 3 lapisan nak kena jahit..lapisan 1 dan ke 2 tu ok la..dah masuk lapisan ketiga tu aku tak tahan sakit..terasa jarum tu memang nak nangis..nurse suruh gigit kain..memang ingat Allah je la time tu.. masa jahit tu midwife tu kata saya dah mengantuk awak jangan banyak gerak nanti salah saya jahit..kata-kata tu memang selalu terngiang-ngiang kat telinga aku...kena tahan sehari pastu boleh balik ;)

Danial Danish

3) Dhiya Amani - 2 Ogos 2014
Dhiya ni lahir 6 Syawal...aku lambat sedar aku dah keluar tanda darah petang jumaat tu..mula-mula rasa sakit pinggang pastu rasa macam kena period pain pulak.kaki rasa sakit..layan dulu anak-anak buat tak tahu je sakit tu..pastu nak mandi baru perasan ada keluar darah sikit..call en suami bitau dah ada tanda..nak dijadikan cerita malam tu en suami demam..adehh macam-macam dugaan..kereta gear box rosak..nasib baik member ada tinggal kereta sebab dia balik kg nak beraya..lepas maghrib baru gerak pergi hospital Sg Buloh..contraction dah 10 minit sekali..lalu guthrie tak nak lalu NKVE sebab time ni mesti jemm orang balik kerja..menahan sakit woo dalam kereta..memang zikir je sepanjang perjalanan..sampai pintu dewan bersalin tu en suami bitau nurse kata dah sakit..terus tolak wheelchair tak sempat nak daftar..terus masuk bilik PAC check laluan dan check CTG baby..terkejut jugak dah 5cm..memang kena stay la..kali nie doa dalam hati harap-harap bersalin awal la jangan la subuh..time raya pun penuh PAC ni..menahan sakit kat kerusi dulu sementara nak dapat katil..masa dah kerap 5 minit sekali contraction aku tanya nurse ada katil tak sebab dah tak tahan pinggang rasa dah nak tercabut je..bayangkan sakit period tapi korang gandakan sakit tu..

Masa dalam wad tu ada ditampal ayat-ayat yang boleh diamalkan ketika sakit hendak bersalin..aku masa dalam bilik ni dah memang tak senang duduk..dua kali aku panggil nurse kata tak tahan sakit..nurse tu cakap sabar je la sakit kejap je tuh..check baru 8 cm..aduhh macam lambat rasanya..kali ketiga aku panggil aku kata dah nak teran..nurse tu kata awak biar betul..kelam kabut dia check dh 10cm..cepat-cepat dia tolak katil aku masuk labor room..nurse kata jangan teran dulu..tahan..masuk je labor room aku terus beralih katil..dalam tu ada sorang midwives dan dua orang nurse..masa nak teran tu korang kena pegang kaki jangan angkat punggung..dua kali aku teran keluarlah Dhiya Amani.. alhamdulillah kali ni rasa senang pulak..mungkin sebab aku dah amalkan minum vco dan sapu vco kat perinium..tapi masa nak keluar uri tu aku jadi tak reti pulak sebab aku keraskan perut..masa uri nak keluar dhiya dah dibersihkan dan dah letak atas aku..jahit pun hidup-hidup.. kisah selanjutnya korang boleh baca di SINI

Dhiya Amani
Ni la anak-anak syawal ku..ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan anak-anak yang mengajarku erti bersyukur, pengorbanan, kisah suka duka dan anak-anak aku banyak bawak rezki...


Wednesday 3 June 2015

Susun Atur Kabinet Dapur

Oleh sebab minggu nie dah start cuti sekolah..dapur ku sebelum ini tak sempat nak kemas..weekend haritu baru sempat..nie pun gara-gara tengok blog akak ni SUE SUKA SUSUN tetiba semangat pulak nak mengemas dapur.. kak sue ni pernah tolong buat watermark blog aku..2 3 bulan nie memang tak sempat nak update blog sebab banyak kerja kat office..nie rasa lapang sikit boleh la nak update kejap blog yang dah lama bersawang nie :)

jom tengok

SEBELUM

main sumbat jek

SELEPAS

dh siap

ok la korang selamat mencuci mata.....


Update Blog

angin baru nak tukar header blog baru
.
.
.
.
.
.
taraaa..

Wednesday 4 March 2015

Cara-cara Membuat Pengeluaran Pendidikan Melalui KWSP Untuk Bayaran PTPTN sebelum 31 Mac 2015

Sejak aku post "Bayar PTPTN menggunakan Akaun 2 KWSP" ramai yang PM kat FB dan ada juga yang sms bertanya macamana nak buat bayaran PTPTN guna KWSP. Ok korang aku share lagi sekali apa yang perlu buat..kadang-kadang aku pun jadi lupa apa step apa yang perlu ada..biasa la banyak benda nak kena ingat..bila tanya banyak aku pun lupa hihihi jangan marah :)

Cara-cara membuat pengeluaran PTPTN untuk dapat diskaun 20% (korang kena bayar penuh baru dapat)

1) Isi borang Permohonan Baki Pinjaman (FAQ - berkaitan borang pinjaman)


2) Terima surat pengesahan penyata pinjaman pendidikan

3) sediakan ini:-
  1. Perjanjian Asal Pembiayaan Pendidikan PTPTN; atau
  2. Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN; dan
  3. Skroll dan transkrip beserta salinan; dan
  4. Kad pengenalan dan salinan.
  5. Semua salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
4) boleh rujuk laman web KWSP untuk pengeluaran pendidikan. Korang boleh isi manual dekat kaunter KWSP. tapi sebelum datang baca siap-siap apa yang perlu kat borang tu..

 5) Pergi kaunter KWSP serahkan semua dokumen nie:-
  1. Perjanjian Asal Pembiayaan Pendidikan PTPTN; atau
  2. Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN; dan
  3. Skroll dan transkrip beserta salinan; dan
  4. Kad pengenalan dan salinan.
  5. Semua salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
6) KWSP akan keluarkan surat ini

 7) Selesai tapi korang kena kerap follow up dengan pegawai PTPTN..kena isi cepat sebab dah nak due 31 Mac 2015

SEMOGA BERJAYA !

Tuesday 10 February 2015

Bayar PTPTN menggunakan Akaun 2 KWSP Sebelum 31 Mac 2015

Entry kali nie aku nak cerita pasal tahun 2014 lepas pengumumam Bajet 2015 aku nekad nak bayar PTPTN menggunakan akaun 2 KWSP. Mula-mula buat endah tak endah jek..sekali bila dengar lepas ni PTPTN nak buat CCRIS (Central Credit Reference Information System) apa lagi terus ikhtiar macam mana nak cari duit nak bayar duit PTPTN. Tahun 2012 aku dah buat ujrah tapi bayar on off so akaun tak berapa nak cantik..

Kebetulan raya haji hari tu aku jumpa adik ipar aku punya adik kerja PTPTN..aku tanya dia macam mana nak bayar PTPTN guna KWSP..Lepas dia explain kat aku terus aku nekad nak buat pengeluaran akaun 2. Aku nak clear akaun diploma dulu. Nani banyak tolong aku setelkan surat untuk pengeluaran PTPTN ni..kalau tak masak jugak la nak pergi PTPTN nak keluarkan surat pengeluaran duit KWSP ni..aku bayar lumpsum untuk akaun diploma dalam RM15,700.00 bayar penuh dapat diskaun 20% tau..aku siap kira-kira untung lagi bayar lumpsum boleh dapat diskaun dalam RM3,000.
contoh diskaun 20%


Aku share dengan korang apa yang perlu ada untuk clear akaun PTPTN ni k.. aku dah refer banyak blog tapi tak berapa nak details diaorang bagi langkah-langkah yang perlu buat..so korang tak payah nak dua tiga kali berulang ke PTPTN dan KWSP.

Sebelum tu nak bagi maksud CCRIS :-
CCRIS ialah sistem pangkalan data berkomputer yang mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan (yang telah beri pinjaman) dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan (yang bakal beri pinjaman) sebagai rujukan untuk membantu mereka menyemak dan membuat penilaian mengenai sejarah kredit (bayaran balik) bakal peminjam / pelanggan mereka.

Kalau korang ada buat apa-apa loan cth perumahan/kereta dan kad kredit..semua maklumat korang ada dalam sistem CCRIS..


Langkah-langkah untuk pengeluaran akaun PTPTN

1) pergi kaunter PTPTN untuk mengisi Borang Pengesahan Baki Pembiayaan
2) dah dapat surat Pengesahan Penyata Baki Pinjaman  tu baru korang boleh prepare yang ni:-
    a) Perjanjian Asal Pembiayaan Pendidikan PTPTN; atau
    b) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN; dan
    c) Skroll dan transkrip beserta salinan; dan
    d) Kad pengenalan dan salinan.
    e) Semua salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan    Profesional.


Dah setel semua tu baru boleh pergi KWSP. KWSP pun kena isi borang untuk pengeluaran pendidikan. Aku pergi KWSP kat Shah Alam nie.. Petugas kaunter tu banyak membantu urusan pengeluaran ni..dah setel kat KWSP korang kena follow up dengan pegawai PTPTN tanya duit KWSP dah masuk ke belum..masa isi borang KWSP korang boleh pilih berapa amaun yang korang nak bayar. Elok bayar full la boleh dapat diskaun 20% ;)

Lagi satu nak ingatkan pengeluaran syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
  1. Permohonan pengeluaran oleh Ahli sendiri:
    • Bagi pengajian Ijazah dan Diploma, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari 2 Januari 2001 ke atas.
  2. Permohonan pengeluaran oleh Ibu/ Bapa penerima biaya:
    • Bagi Ijazah, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari April 2000 ke atas.
    • Bagi Diploma, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari 17 Januari 2006 ke atas

    So cepat-cepat la korang setel hutang PTPTN.. untuk akaun degree aku dah konsisten bayar..baru nak insaf ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...