Followers

Jom Klik

Tuesday 30 June 2015

Pengalaman Bersalin Anak-anak di Hospital Sg Buloh

Alhamdulillah esok Dhiya Amani dah berumur 11 bulan..dah makin lasak budak bertuah ni..kalau ikut tahun lepas time puasa ni dah masuk 36 minggu.. hari ini nak cerita sikit pasal pengalaman bersalin kat Hospital Sg Buloh..last week baru lalu situ terus teringat anak-anak lahir kat situ.. 3 orang anak lahir kat HSB semua ada kenangan manis dan pahit..


1)  Irfan Danish - 11 Oktober 2009

Abg irfan lahir kena czer sebab dia songsang..minggu ke 32 scan dah dapat detect irfan songsang..refer Hospital Sg Buloh doktor bagi option sama ada nak pusingkan baby atau tidak tapi aku rasa takut sebab doktor kata 50-50 sebab kalau ada problem terus emergency czer..bincang punya bincang dengan en suami kitaorg pilih tarikh untuk czer.. 2 hari sebelum tarikh czer tu dah ada contraction..time ni mood beraya ok..lepas jalan2 raya malam tu aku tak boleh tido sakit pinggang macam rasa nak patah..bukak aircond pun rasa tak selesa jugak..contraction setiap setengah jam sampai aku tido duduk la menahan sakit..esok pagi tu aku bitau en suami kata dah tak tahan sakit.. aku sempat rendam bunga kacip fatimah malam tu..tengok pagi esok dah kembang bunga tu..orang tua-tua kata kalau kembang maknanya dah nak bersalin haritu..terus walk in ke dewan bersalin hospital Sg Buloh..mula-mula cerita history kita semua kat doc..masa tu pukul 3.00 petang..doc kata kalau labor room kosong awak masuk lepas ni..mula la aku rasa cuak sebab kalau korang nak tau aku tak reti telan ubat pil..aku siap bagitau nurse tu aku tak reti telan ubat..nasib baik sebelum masuk labor room tu dia bagi minum ubat cecair :)

Cerita dalam OT memang sejuk giler bilik ni..mula-mula korang kena inject bius kat tulang belakang nak bagi kebas dari pinggang hingga ke kaki..dalam 5 minit korang dah rasa kebas..doc akan cubit-cubit kaki & perut dulu tanya ada rasa tak..kalau korang rasa lagi bitau kang x pasal perut korang kena lapah hidup-hidup..huhhh ngeri woo.. tak sampai 15 minit baby dah keluar macam tak percaya pun ada..terus dengar suara irfan nangis..nurse tunjuk baby nak confirmkan dapat baby apa..aku cakap boy ;) pastu doktor kata lepas ni kita akan jahit lepas keluarkan uri..memang antara hidup dan mati kalau ingat balik..yang bagusnya dalam labor room tu nurse tu pasang surah yasin...

Lepas dah jahit korang akan diletak dalam inkubator nak bagi tak de kuman lepas operation..korang memang akan rasa mengigil tak hinggat la rasa macam nak tambah selimut..lepas 1 jam baru korang diletakkan dalam wad pemantauan sebelum masuk wad biasa.. masa dalam wad pemantauan tu korang tak boleh bergerak dalam 6-7 jam sebab ubat bius tak hilang lagi..lepas ubat bius dah hilang nurse akan suruh berjalan perlahan-lahan nak elak darah beku.. 1st time bangun rasa macam perut dah nak tercabut..tapi itu semua perasaan je..perut mengeleber ;( kena duduk hospital 3 hari.. ni la picture abg irfan masa baru lahir

Irfan Danish


2) Danial Danish - 25 Ogos 2012

Danial ni pun lahir 7 Syawal..raya tahun tu sempat jugak aku balik penang..beraya kat penang sampai raya ke 3.. start raya pertama aku asyik sakit perut je..sampai satu tahap beraya rumah orang aku tak nak makan apa-apa minum air je..petang tu masa mandi dah keluar tanda darah..emm nampak darah terus cuak..call en suami..en suami kelam kabut suruh siap-siap pergi hospital..tapi aku tak rasa sakit apa-apa pun.. terdetik pulak hati dah sampai masa ke?? aduh masa tu irfan pun tengah nak manja lebih..sampai hospital dh ambil history kena seluk dengan nurse lelaki..adeh malu giler..nurse tu check baru 2 cm..aku tanya boleh balik tak sebab aku tak rasa sakit..nurse tu kata tak boleh sebab dah keluar tanda darah.. kena stay hospital satu malam..tapi sebelum stay tu aku minum air selusuh..mati kutu jugak malam tu sebab tak ada rasa sakit..disebabkan ni kali pertama kena duduk kat PAC sebab masa irfan duduk kat PAC tu kejap je sebab dah kena tolak dalam OT..kat PAC ni macam-macam korang jumpa ibu-ibu yang tunggu masa nak bersalin..

ada yang tengah terjerit-jerit tahan sakit contraction, terjerit nak beranak..masa anak kedua ni tak berani lagi nak berjalan-jalan..en suami tunggu kat luar sepanjang malam tu..masa pukul 1 pagi baru air ketuban aku pecah..kelam kabut nurse datang check..katanya dah bukak penuh terus bawak wheelchair kat aku..tapi aku tak ada rasa sakit pun..macam mana nak teran?? aku bitau midwife tu..check balik rupanya salah baru 6cm..diaorg tolak aku balik dalam bilik tapi pesan kalau dah rasa sakit bitau segera.. start pukul 3 pagi tu dah rasa contraction 10 minit sekali..aduhhh memang sakit nak jerit tak berani sebab katil sebelah tengah tido..zikir banyak-banyak la..pastu aku rasa lagi banyak air keluar celah kaki..dah tak boleh tahan..aku mintak akak india sebelah katil tu panggil nurse sebab rasa macam dah nak teran..kelam kabut nurse datang check bukaan dah penuh 10cm..time ni dah masuk subuh..pukul 5.00 pagi faham-faham je la time orang tengah sedap tido..danial lahir pukul 5.17 pagi..kelam kabut midwives tu nak prepare katil..midwive tu suruh teran..aku cakap aku tak reti..2 kali try tak boleh..dia dah bising kata nak bagi anak lemas ke..awak kena cepat..aku pun dah tak fikir apa rasa sakit terus aku jerit Allahuakbar terus keluar Danial..bidan tu bersihkan Danial dan terus letak atas dada..first time rasa macam tu ..danial rasa suam-suam kuku..takut pulak aku nak pegang sebab rasa lembik..

Proses nak keluarkan uri pastu nak jahit..masa teran tu tak perasan kena gunting bawah tu..memang sakit la kena jahit hidup-hidup..midwife tu kata bius sikit je..ada 3 lapisan nak kena jahit..lapisan 1 dan ke 2 tu ok la..dah masuk lapisan ketiga tu aku tak tahan sakit..terasa jarum tu memang nak nangis..nurse suruh gigit kain..memang ingat Allah je la time tu.. masa jahit tu midwife tu kata saya dah mengantuk awak jangan banyak gerak nanti salah saya jahit..kata-kata tu memang selalu terngiang-ngiang kat telinga aku...kena tahan sehari pastu boleh balik ;)

Danial Danish

3) Dhiya Amani - 2 Ogos 2014
Dhiya ni lahir 6 Syawal...aku lambat sedar aku dah keluar tanda darah petang jumaat tu..mula-mula rasa sakit pinggang pastu rasa macam kena period pain pulak.kaki rasa sakit..layan dulu anak-anak buat tak tahu je sakit tu..pastu nak mandi baru perasan ada keluar darah sikit..call en suami bitau dah ada tanda..nak dijadikan cerita malam tu en suami demam..adehh macam-macam dugaan..kereta gear box rosak..nasib baik member ada tinggal kereta sebab dia balik kg nak beraya..lepas maghrib baru gerak pergi hospital Sg Buloh..contraction dah 10 minit sekali..lalu guthrie tak nak lalu NKVE sebab time ni mesti jemm orang balik kerja..menahan sakit woo dalam kereta..memang zikir je sepanjang perjalanan..sampai pintu dewan bersalin tu en suami bitau nurse kata dah sakit..terus tolak wheelchair tak sempat nak daftar..terus masuk bilik PAC check laluan dan check CTG baby..terkejut jugak dah 5cm..memang kena stay la..kali nie doa dalam hati harap-harap bersalin awal la jangan la subuh..time raya pun penuh PAC ni..menahan sakit kat kerusi dulu sementara nak dapat katil..masa dah kerap 5 minit sekali contraction aku tanya nurse ada katil tak sebab dah tak tahan pinggang rasa dah nak tercabut je..bayangkan sakit period tapi korang gandakan sakit tu..

Masa dalam wad tu ada ditampal ayat-ayat yang boleh diamalkan ketika sakit hendak bersalin..aku masa dalam bilik ni dah memang tak senang duduk..dua kali aku panggil nurse kata tak tahan sakit..nurse tu cakap sabar je la sakit kejap je tuh..check baru 8 cm..aduhh macam lambat rasanya..kali ketiga aku panggil aku kata dah nak teran..nurse tu kata awak biar betul..kelam kabut dia check dh 10cm..cepat-cepat dia tolak katil aku masuk labor room..nurse kata jangan teran dulu..tahan..masuk je labor room aku terus beralih katil..dalam tu ada sorang midwives dan dua orang nurse..masa nak teran tu korang kena pegang kaki jangan angkat punggung..dua kali aku teran keluarlah Dhiya Amani.. alhamdulillah kali ni rasa senang pulak..mungkin sebab aku dah amalkan minum vco dan sapu vco kat perinium..tapi masa nak keluar uri tu aku jadi tak reti pulak sebab aku keraskan perut..masa uri nak keluar dhiya dah dibersihkan dan dah letak atas aku..jahit pun hidup-hidup.. kisah selanjutnya korang boleh baca di SINI

Dhiya Amani
Ni la anak-anak syawal ku..ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan anak-anak yang mengajarku erti bersyukur, pengorbanan, kisah suka duka dan anak-anak aku banyak bawak rezki...


Wednesday 3 June 2015

Susun Atur Kabinet Dapur

Oleh sebab minggu nie dah start cuti sekolah..dapur ku sebelum ini tak sempat nak kemas..weekend haritu baru sempat..nie pun gara-gara tengok blog akak ni SUE SUKA SUSUN tetiba semangat pulak nak mengemas dapur.. kak sue ni pernah tolong buat watermark blog aku..2 3 bulan nie memang tak sempat nak update blog sebab banyak kerja kat office..nie rasa lapang sikit boleh la nak update kejap blog yang dah lama bersawang nie :)

jom tengok

SEBELUM

main sumbat jek

SELEPAS

dh siap

ok la korang selamat mencuci mata.....


Update Blog

angin baru nak tukar header blog baru
.
.
.
.
.
.
taraaa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...