Followers

Jom Klik

Tuesday 31 October 2017

Suka duka tahun 2017

salam semua..
dah nk dekat setahun blog ni bersawang ..
sibuk dengan hal-hal dunia yang macam2 ragam..

Januari 2017

Awal tahun mak masuk hospital..doc cakap buah pinggang mak dah stage 5 rosak. Perlu buat dialisis dengan segera..abah tanpa lengah terus bersetuju walaupun mak tak nak..dari Nov tahun lepas doc dah beri cadangan tersebut tapi kami adik beradik nak cuba cara kampung..lagi pun mak tak nak buat dialisis..akhirnya pagi 6 Januari mak buat dialisis darah untuk kali pertama..tapi failed sebab mak pengsang.. doc kata 50-50 harapan mak untuk sembuh sebab toksin dah makin tinggi dalam badan mak.. pagi jumaat tu terus aku ke hospital Klang tengok keadaan mak.. hari tu je mak sedar dan makan bubur. Hari ke-3 mak dah tak sedar..doc buat keputusan bagi susu melalui tiub dalam hidung..masa ni mak memang dah tak sedar..muka dah bengkak-bengkak sampai mak mengigau mungkin sebab sakit sangat..aku sedih tapi aku kena kuat..doc pakar jumpa aku kata mak dah tak ada harapan dan boleh bawak balik. duduk hospital klang sampai 14 Januari 2017.Akhirnya mak discaj.


Mak duduk rumah lebih kurang seminggu lebih lepas maghrib tanggal 23 Januari 2017 mak telah meninggalkan kami sekeluarga :( tengahari tu memang aku ada jenguk mak kat rumah tapi tak perasan rupanya mak tengah nazak time tu :( kalau la aku tahu memang aku tak balik office petang tu.. sempat la aku urut2 tangan & kaki arwah mak tapi yang aku perasan memang kulit mak nampak gelap masa tu..mak aku kulit cerah..adik aku ada cerita kalau kulit berubah warna gelap maknanya toksin dalam badan dah makin tinggi... mak pergi ketika abah tengah mengaji sebelahnya.. alhamdulillah urusan dari awal menguruskan arwah mak memang sangat-sangat cepat.. rasa macam mimpi je.. kiranya bulan Januari 2017 ni memang kisah duka sebab aku dan adik aku leey & fadzil sambut hari lahir tapi dikhabarkan berita duka ini...kami redha mak.. Alfatihah buatmu HJH NORMI BT MOHD SAAD (19 Disember 1953- 23 Januari 2017)


Mac 2017

Aku tukar department duduk bahagian pentadbiran Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur. Baru je dapat jumpa geng-geng PPF yang masuk Bahagian Kontrak & Kawalan Kos..dah kena pindah..tak pe la ada hikmah di atas segala kejadian yang berlaku..belajar benda baru buat kerja kualiti & pentadbiran


Mei 2017

Masa puasa hari ke dua aku dikhabarkan berita sedih.. orang yang selalu tegur aku kat office ni meninggal dunia..aku lambat bukak whatsapp malam tu..masa time sahur suami aku beritahu Abg U dah tak de..menangis aku..terus aku nekad nak melawat arwah di hospital klang.. beberapa hari sebelum arwah pergi dia ada cakap dengan aku lepas ni dah tak jumpa dia..pastu arwah minta maaf kat aku..aku ingatkan arwah minta maaf sebab nak sambut bulan puasa.. arwah masuk hospital memang aku ada plan nak ziarah dia..tapi arwah pergi masa malam puasa kedua.. sungguh mudah pemergianmu Arwah UZAINI. Al fatihah


Jun 2017

Disebabkan aku dapat email peringatan daripada PTPTN entah tak de dalam perancangan aku jelaskan semua hutang PTPTN masa degree tu.. Pegawai tu offer dapat diskaun kalau lump sum.. kali nie pengeluaran PTPTN amat-amat mudah dari sebelum ni..semua dihujung jari. nak keluar KWSP pun online sahaja. Time ni bulan puasa.. terus register anak-anak akaun SSPN. Kalau tak memang aku asyik tangguh je nak buat SSPN ni.. alang-alang pegawai PTPTN tu dah offer just bawak mykid anak je..lagi mudah kalau tak macam-macam borang nak kena isi ;) Bulan nie juga dikhabarkan berita gembira MSM dah lulus jawatan staf kontrak kitaorang di Bahagian Pengurusan Hartanah & Pelaburan. Alhamdulillah syukur Ya Allah.


Ogos 2017 - September 2017

Ni lagi la memang tak rancang nak beli rumah..Alhamdulillah dipermudahkan..pinjaman lulus :) mak dan ayah mertua ku pergi menunaikan haji pertengahan Ogos..alhamdulillah selamat dah sampai malaysia.

30 September 2017 tamat kontrak di Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur..banyak sungguh memori kat office ni dari bujang sampai dah beranak pinak. Terima kasih Ya Allah bagi aku peluang bekerja di sini..walaupun kontrak aku dah tak kisah apa orang nak kata..asalkan aku bekerja dan boleh jelaskan komitmen aku tu pun dah bersyukur sangat-sangat. bukan tak apply keje lain tapi rezeki untuk tetap belum sampai lagi. Allah bagi rezeki lain. Aku percaya dengan rezeki Allah dan apa yang berlaku ada hikmahnya..


Oktober 2017

Masuk bahagian baru....keje baru..semangat baru




Wednesday 7 December 2016

Kelebihan Kaay Cosmetic

Assalamualaikum...

Dah lama x bersiaran..dah masuk hujung tahun pun..update balik blog sebab dah dapat reminder nak renew domain sebelum 11 Januari 2017.. tunggu gaji disember ni la ek innanie (Blogger Coklateyes) hihihi

Ok la hari ni nak share produk pasal KAAY COSMETIC.. dapat whatsapp dari admin KAAY COSMETIC ada sale hujung tahun ni.. Aku dah pakai produk ni sejak raya aidilfitri hari tu.. so far ok la serasi dengan kulit..aku ni kulit jenis kering..duduk tempat aircond lagi cepat la kulit kering.. minum air tak konsisten..aduii bila la nak berubah..

Kelebihan KAAY Cosmetic

✨ Cushion Foundation Treatment ! Menutup Cela Serta Merawat Kulit.
. ✨ Sepantas 10 saat hanya, Dap Dap Dap dah FLAWLESS !!! .
✅Dap.. Dap.. Dan ratakan pada seluruh wajah.
✅DD Cushion KAAY mempunyai VITAMIN E , Aloe Vera & Minyak Kelapa Dara.
✅ Anti penuaan , mengembalikan keremajaan kulit
✅DD Cushion KAAY mengandungi Pelembap & Sunblock SPF 50PA++.
✅Menutup parut, jerawat,jeragat serta tona warna kulit TIDAK sekata
✅Pemakaian berterusan DD Cushion KAAY membantu mengecilkan pori-pori, dan wajah kelihatan lebih lembab & halus
✅Satu bekas TAHAN 2 bulan++
✅TIDAK MELEKIT
✅TIDAK MELEKAT pada tudung kerana ia terus meresap ke kulit
✅Membantu MENGAWAL kadar minyak pada wajah
✅SESUAI untuk kulit berjerawat,berminyak,berjeragat dan normal
✅Muka kelihatan NATURAL,SMOOTH,GLOWING & FLAWLESS. ✅MUDAH dicuci, Mesra Wudhu & Mesra SOLAT .

* kredit to KAAY Cosmetic Instagram.

 

Testimoni aku pun ade keluar dalam ig kaay cosmetic.. Tq admin & kak kathy ^_^

 

kalau korang nak tahu produk ni keluaran blogger terkenal iaitu kak kathy a.k.a kathyjem. aku memang follow cerita kak kathy ni sejak tahun 2012. Sejak tu aku pun dah terjebak dengan dunia blogger ni..banyak info dalam blog kak kathy ni..

pape pun jom pakat beli produk ni! memang recommended.

Tuesday 27 September 2016

Dah 9 tahun kerja di Pejabat Pembangunan

Assalamualaikum dunia..

Baru hari nie aku nak jenguk blog aku..dah lama tak menulis kat sini..sibuk dengan urusan dunia..akhirat entah la cukup ke tidak dengan amalan..

Sejak duduk department baru nie tak sempat nak update blog..keje makin bertambah.. aku sekarang duduk bahagian bajet & kawalan kos..Esok genap aku bekerja 9 tahun sebagai pekerja kontrak di Pejabat Pembangunan.. Kontrak aku habis tahun depan..ramai kawan-kawan aku kontrak tidak disambung..aku ni hanya menunggu masa lagi setahun.. Nak jugak cari angin baru tapi apply kerja lain masih belum dapat.. hanya bersangka baik padaNya belum rezeki aku :)

Banyak suka duka aku kerja kat sini..dari bujang, bertemu jodoh sampai anak pun dah 3 orang..syukur alhamdulillah...alhamdulillah juga aku masih bekerja..jika tak kerja siapa nak bayar komitmen aku..kesian kat en suami :(

Tapi akan aku usaha juga apply kerja lain..mungkin dah tiba masa aku mencari kerja lain..korang yang singgah baca coretan aku ni doa2kan la ek aku dapat kerja lain..walaupun orang kata dah lama kontrak kat uitm ni senang nak serap tapi bukan semudah yang korang sangka..temuduga memang dah banyak kali..tapi keputusannya selalu mengecewakan..mungkin bukan lagi rezeki aku.. bersangka baik padaNya..

 It's time to move on..dont give up :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...