Followers

Jom Klik

Tuesday 27 August 2013

Set Kesuburan Shaklee






Antara penyebab adalah ketidaksuburan seseorang berkait rapat dengan masalah berikut:
  • Masalah organ peranakan seperti fibroid dan endometriosis
  • Kegagalan ovulasi
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Masalah KEPUTIHAN
  • ANEMIA
  • Usia
  • STRESS
  • MEROKOK/ALKOHOL 
SET SUBUR SHAKLEE MEMBANTU UNTUK HAMIL DENGAN:
  • Membaiki kitaran haid lebih teratur dan boleh merancang wakts subur dengan tepat
  • Meningkatkan kesuburan
  • Membina sel darah merah
  • Meningkatkan bilangan & kuantiti sperma
  • Membekalkan NUTRISI kepada sistem peranakan
  • mengatasi masalah KEPUTIHAN
  • Melegakan STRESS
Menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral.

4 vitamin wajib yang harus dicuba untuk meningkatkan peluang kehamilan:

+++++++++++++++++++

GLA & Alfalfa ----- ♡ ISTERI

VITA E & ZINC -----♡ SUAMI

+++++++++++++++++++

✪ GLA COMPLEX SHAKLEE

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Wanita PERIOD TAK TERATUR
  • Wanita yang PERIOD HEAVY FLOW atau SEDIKIT
  • Wanita yang PUTUS HAID
  • Wanita yang sering LEWAT DATANG HAID
  • Wanita yang SENGGUGUT 
  • Membantu meningkatkan kesuburan (menghasilkan cecair serviks)– trying to conceive baby! 
  • Membantu sperma hidup lebih lama (5hari)dalam tiub fallopio & memudahkan berenang terus ke fallopio
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid/senggugut) – abdominal pain, breast pain
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri bagi mengelak risiko keguguran
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Untuk fungsi saraf

✪ VITAMIN E

  • meningkatkan kualiti sperma
  • meningkatkan "sperm count"
  • digunakan secara meluas terutamanya dalam rawatan kesuburan
  • membantu dalam masalah "mati pucuk"
  • membantu meningkatkan libido (keinginan seks)
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Mengurangkan risiko keguguran ketika hamil bagi wanita.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
✪ ALFALFA COMPLEX SHAKLEE
  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  • Melegakan sakit sendi dan belakang
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • Meningkatkan stamina seorang suami
✪ ZINC COMPLEX
  • Menghasilkan sperma yang lebih berkualiti & sihat
  • Membantu memekatkan air mani
  • Meningkatkan jumlah sperma
  • Meningkatkan keaktifan sperma (motility sperm)
  • Membantu melindungi sperma dalam menentang bakteria dalam vagina.
  • Mencegah dari kemandulan
  • Meningkatkan fungsi organ seksual
 Kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik Insha Allah...


Tuesday 20 August 2013

Al-kisah bulan Syawal ~ Susu EnfaPro

Hari ini dah masuk 13 Syawal..dah 2minggu tak update blog gara-gara cuti raya..nak dijadikan cerita 6 Ogos 2013 tu hari nak balik kampung..pagi tu Danial dah batuk-batuk..so ajak la en suami ambil ubat sebab nak cuti raya takut klinik tutup..singgah DEMC kejap..Doc suggest suruh ambil nebulizer sebab ada bunyi kahak..kitaorang bagitau Dr yang kitaorang ni nak balik kampung..Dr pesan suruh ambil neb lagi lepas 6 jam bila sampai kampung..

Sampai Pokok Sena dalam pukul 5 petang..jammed lepas tol Juru..lepas buka puasa baru decide nak pergi klinik lepas buka puasa..cadangnya nak ambil nebulizer dekat klinik Putra tapi dah tutup awal cuti raya..terpaksa jugak la pergi Unit Kecemasan Hospital Kepala Batas..check2 memang kena ambil nebulizer lagi..aku ingatkan nurse yang akan tolong pakaikan neb tu..rupa-rupanya kita sendiri kena buat..adehh dah la tak reti dengan Danial dah meronta-ronta menangis pastu Irfan pun tak terkawal..aku kata dalam hati kena panggil En Suami masuk jugak ni kena pegang Danial..keluar kejap panggil En Suami..baru setel masalah..

Doc check paru-paru Danial ok clear kahak dah kurang..so boleh balik..Esok pagi tu Danial demam balik temperature naik sampai 40C terpaksa la bagi ubat kat punggung..on off je demam Danial..

Pagi raya tu pun Danial macam lemah je..sakit tekak tak nak minum susu dan makan..kesian anak ibu muka pun tak ceria masa raya..tok ayah danial buat penawar cacing sebab rasa tulang rawan dia panas..orang tua-tua kata ada cacing..letak la inggu kat kepala..petua ni macam berkesan..memang kebah demam Danial..

Pastu pukul 3 pagi Danial mengerang masa tido..terus check temperature kat telinga tinggi la demam sampai 40C terus kejut en Suami..pukul 3pagi pergi Bagan Specialist..diaorang nak tahan tapi deposit mahal sangat nak RM800..doctor bagi option boleh refer Hospital Seberang Jaya..aku lebih prefer kat Hospital Seberang Jaya.. Terus kitaorang gerak ke Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya..Doctor decide nak ambil x-ray..kesian anak ibu kecik-kecik dah kena x-ray..kesan radioaktif tu..aduss aku pun kena effect juga sebab tolong pegang..

Alhamdulillah result ok..tak kena tahan..puas la duk fikir apa masalah Danial ni demam..abang ipar kata mungkin sebab susu tak sesuai..kitaorang pun try la tukar susu beli la EnfaPro A+..mahal susu ni RM66 kalau tak silap..tapi memang terbaik la terus recover..dah tau dah punca Danial selalu demam susu S-26 Danial dah tak sesuai nak minum.. Panas kot..dah la masa nak raya isu pasal susu Dumex..irfan minum susu Dugro coklat..pasni kena stop la dumex..minum dutch lady je la ^_^

Alhamdulillah dah minum 2 beg susu enfapro memang ok sangat la..tapi harga memang tak tahan..tapi demi anak belikan jugak la




Monday 5 August 2013

Salam Syawal 1434h...

Lagi 2 hari kita nak menyambut ketibaan Syawal..hari ini terpaksa cuti kecemasan sebab tak da orang nak jaga Danial hari nie..abg irfan aku suruh pergi taska..senang aku nak mengemas baju..sempat jugak aku jahit baju melayu danial pagi tadi..kalau x jahit alamatnye pagi raya tu mengelebeh la danial punye baju sebab besar..

25 Ogos ni Danial genap setahun..tapi kalau ikut bulan Syawal Danial lahir 7 Syawal..Abg Irfan pun lahir 21 Syawal.. nanti nk buat entry share pengalaman bersalin budak berdua ni ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...