Followers

Jom Klik

Tuesday 20 August 2013

Al-kisah bulan Syawal ~ Susu EnfaPro

Hari ini dah masuk 13 Syawal..dah 2minggu tak update blog gara-gara cuti raya..nak dijadikan cerita 6 Ogos 2013 tu hari nak balik kampung..pagi tu Danial dah batuk-batuk..so ajak la en suami ambil ubat sebab nak cuti raya takut klinik tutup..singgah DEMC kejap..Doc suggest suruh ambil nebulizer sebab ada bunyi kahak..kitaorang bagitau Dr yang kitaorang ni nak balik kampung..Dr pesan suruh ambil neb lagi lepas 6 jam bila sampai kampung..

Sampai Pokok Sena dalam pukul 5 petang..jammed lepas tol Juru..lepas buka puasa baru decide nak pergi klinik lepas buka puasa..cadangnya nak ambil nebulizer dekat klinik Putra tapi dah tutup awal cuti raya..terpaksa jugak la pergi Unit Kecemasan Hospital Kepala Batas..check2 memang kena ambil nebulizer lagi..aku ingatkan nurse yang akan tolong pakaikan neb tu..rupa-rupanya kita sendiri kena buat..adehh dah la tak reti dengan Danial dah meronta-ronta menangis pastu Irfan pun tak terkawal..aku kata dalam hati kena panggil En Suami masuk jugak ni kena pegang Danial..keluar kejap panggil En Suami..baru setel masalah..

Doc check paru-paru Danial ok clear kahak dah kurang..so boleh balik..Esok pagi tu Danial demam balik temperature naik sampai 40C terpaksa la bagi ubat kat punggung..on off je demam Danial..

Pagi raya tu pun Danial macam lemah je..sakit tekak tak nak minum susu dan makan..kesian anak ibu muka pun tak ceria masa raya..tok ayah danial buat penawar cacing sebab rasa tulang rawan dia panas..orang tua-tua kata ada cacing..letak la inggu kat kepala..petua ni macam berkesan..memang kebah demam Danial..

Pastu pukul 3 pagi Danial mengerang masa tido..terus check temperature kat telinga tinggi la demam sampai 40C terus kejut en Suami..pukul 3pagi pergi Bagan Specialist..diaorang nak tahan tapi deposit mahal sangat nak RM800..doctor bagi option boleh refer Hospital Seberang Jaya..aku lebih prefer kat Hospital Seberang Jaya.. Terus kitaorang gerak ke Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya..Doctor decide nak ambil x-ray..kesian anak ibu kecik-kecik dah kena x-ray..kesan radioaktif tu..aduss aku pun kena effect juga sebab tolong pegang..

Alhamdulillah result ok..tak kena tahan..puas la duk fikir apa masalah Danial ni demam..abang ipar kata mungkin sebab susu tak sesuai..kitaorang pun try la tukar susu beli la EnfaPro A+..mahal susu ni RM66 kalau tak silap..tapi memang terbaik la terus recover..dah tau dah punca Danial selalu demam susu S-26 Danial dah tak sesuai nak minum.. Panas kot..dah la masa nak raya isu pasal susu Dumex..irfan minum susu Dugro coklat..pasni kena stop la dumex..minum dutch lady je la ^_^

Alhamdulillah dah minum 2 beg susu enfapro memang ok sangat la..tapi harga memang tak tahan..tapi demi anak belikan jugak la




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...