Followers

Jom Klik

Tuesday 10 February 2015

Bayar PTPTN menggunakan Akaun 2 KWSP Sebelum 31 Mac 2015

Entry kali nie aku nak cerita pasal tahun 2014 lepas pengumumam Bajet 2015 aku nekad nak bayar PTPTN menggunakan akaun 2 KWSP. Mula-mula buat endah tak endah jek..sekali bila dengar lepas ni PTPTN nak buat CCRIS (Central Credit Reference Information System) apa lagi terus ikhtiar macam mana nak cari duit nak bayar duit PTPTN. Tahun 2012 aku dah buat ujrah tapi bayar on off so akaun tak berapa nak cantik..

Kebetulan raya haji hari tu aku jumpa adik ipar aku punya adik kerja PTPTN..aku tanya dia macam mana nak bayar PTPTN guna KWSP..Lepas dia explain kat aku terus aku nekad nak buat pengeluaran akaun 2. Aku nak clear akaun diploma dulu. Nani banyak tolong aku setelkan surat untuk pengeluaran PTPTN ni..kalau tak masak jugak la nak pergi PTPTN nak keluarkan surat pengeluaran duit KWSP ni..aku bayar lumpsum untuk akaun diploma dalam RM15,700.00 bayar penuh dapat diskaun 20% tau..aku siap kira-kira untung lagi bayar lumpsum boleh dapat diskaun dalam RM3,000.
contoh diskaun 20%


Aku share dengan korang apa yang perlu ada untuk clear akaun PTPTN ni k.. aku dah refer banyak blog tapi tak berapa nak details diaorang bagi langkah-langkah yang perlu buat..so korang tak payah nak dua tiga kali berulang ke PTPTN dan KWSP.

Sebelum tu nak bagi maksud CCRIS :-
CCRIS ialah sistem pangkalan data berkomputer yang mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan (yang telah beri pinjaman) dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan (yang bakal beri pinjaman) sebagai rujukan untuk membantu mereka menyemak dan membuat penilaian mengenai sejarah kredit (bayaran balik) bakal peminjam / pelanggan mereka.

Kalau korang ada buat apa-apa loan cth perumahan/kereta dan kad kredit..semua maklumat korang ada dalam sistem CCRIS..


Langkah-langkah untuk pengeluaran akaun PTPTN

1) pergi kaunter PTPTN untuk mengisi Borang Pengesahan Baki Pembiayaan
2) dah dapat surat Pengesahan Penyata Baki Pinjaman  tu baru korang boleh prepare yang ni:-
    a) Perjanjian Asal Pembiayaan Pendidikan PTPTN; atau
    b) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN; dan
    c) Skroll dan transkrip beserta salinan; dan
    d) Kad pengenalan dan salinan.
    e) Semua salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan    Profesional.


Dah setel semua tu baru boleh pergi KWSP. KWSP pun kena isi borang untuk pengeluaran pendidikan. Aku pergi KWSP kat Shah Alam nie.. Petugas kaunter tu banyak membantu urusan pengeluaran ni..dah setel kat KWSP korang kena follow up dengan pegawai PTPTN tanya duit KWSP dah masuk ke belum..masa isi borang KWSP korang boleh pilih berapa amaun yang korang nak bayar. Elok bayar full la boleh dapat diskaun 20% ;)

Lagi satu nak ingatkan pengeluaran syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
  1. Permohonan pengeluaran oleh Ahli sendiri:
    • Bagi pengajian Ijazah dan Diploma, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari 2 Januari 2001 ke atas.
  2. Permohonan pengeluaran oleh Ibu/ Bapa penerima biaya:
    • Bagi Ijazah, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari April 2000 ke atas.
    • Bagi Diploma, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari 17 Januari 2006 ke atas

    So cepat-cepat la korang setel hutang PTPTN.. untuk akaun degree aku dah konsisten bayar..baru nak insaf ;)

25 comments:

  1. Kakak sy pun sdg usaha settle kan urusan ni... sy nye ptptn dh settle dh.. alhamdulilah..

    ReplyDelete
  2. Salam..nk tnya..

    Utk dptkan Surat Pengesahan Penyata Baki Pinjaman tu, boleh ke kalau kite submit borang permohonan direct pada ptptn cawangan? Boleh dapat at that day terus ke atau kena tunggu?

    Tq

    ReplyDelete
  3. boleh dapat terus sekiranya ade pegawai melulus kalo pergi terus ke kaunter..

    ReplyDelete
  4. suratctawaran pinjaman tu xigt dh letak kt mana..mcm mn eh..

    ReplyDelete
  5. suratctawaran pinjaman tu xigt dh letak kt mana..mcm mn eh..

    ReplyDelete
  6. suratctawaran pinjaman tu xigt dh letak kt mana..mcm mn eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pergi kaunter ptptn minta salinan..tapi kena bayar ;)

      Delete
  7. nice sharing. tq. memang mencari info pasal ni. selamat hari raya. maaf zahir batin

    ReplyDelete
  8. surat tawarran kalo hilang bole mina balik kat ptptn

    ReplyDelete
  9. klu gune kwsp ni wajib buat full settelemt ke ptptn tu? atau kite boleh bayar kurang dr tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ikut amount yg kite nak..kalo bayar full settlement tunggu pengumuman bajet thn ni takut ade diskaun ;)

      Delete
  10. kalau surat tawaran dh hilang boleh rujuk ptptn untuk dptkan salinan..kos dptkan salinan x sampai rm100 kalau x silap..

    nak keluarkan duit kwsp bole ikut amount berapa kita nak bayar..kalo nak buat full settlement tu baik korang tunggu hujung tahun lepas pengumuman bajet..mana tau ada diskaun thn ni ;)

    harap dapat membantu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira kwsp teros transfer ke ptptn ke? Boleh x klu kwsp transfer ke acc kte, then kte sendiri bayo kat ptptn?

      Delete
  11. Thank you for the info. Awak buat pembayaran hari tu tempoh pengurusan makan hari ke bulan?

    ReplyDelete
  12. Thank you for the info. Awak buat pembayaran hari tu tempoh pengurusan makan hari ke bulan?

    ReplyDelete
  13. Thank you for the info. Awak buat pembayaran hari tu tempoh pengurusan makan hari ke bulan?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Apakah Anda perlu 100% Loan? Saya dapat melayani kebutuhan keuangan Anda dengan lebih sedikit masalah pengembalian itu sebabnya kami mendanai Anda untuk hanya 2%. apapun Anda situasi, wiraswasta, pensiunan, memiliki peringkat kredit yang buruk, kami dapat membantu. pembayaran yang fleksibel lebih 3 sampai 20 years.Contact kami di: osbornloanservices@gmail.com
    1 Nama Lengkap: ............................
    2 Kontak Alamat: .......................
    3 Jumlah Pinjaman: ....................
    4. Durasi Pinjaman ...................
    5. Nomor Telepon Langsung: .................

    Salam,
    Mr. kevin

    ReplyDelete
  16. Hello, saya Robert David pemberi pinjaman swasta yang memberikan pinjaman dengan kadar faedah serendah 2%. Ini adalah peluang kewangan di muka pintu anda hari ini dan mendapatkan pinjaman serta-merta. Terdapat banyak di luar sana mencari pilihan kewangan atau bantuan di sekitar tempat itu dan masih tidak boleh mendapatkan satu. Tetapi ia adalah satu peluang kewangan di muka pintu anda dan oleh itu anda tidak boleh melepaskan peluang ini. Perkhidmatan ini terbuka kepada individu, syarikat, lelaki dan wanita perniagaan.

    • Pinjaman Untuk Semua
    • Multi-keluarga / Apartment Buildings
    • Cash Out Pinjaman untuk Semua Jenis-jenis Harta Tanah
    • Pinjaman Untuk Pelabur
    • Pinjaman Bridge / Mezzanine Pembiayaan
    • Pinjaman Untuk Luar Pembeli
    • Pinjaman Commercial
    • Tanah / Pembinaan

    Dan jumlah pinjaman yang ada terdiri daripada 20,000.00 RM - 500,000,000.00 RM, atau apa-apa amaun pilihan anda untuk maklumat lanjut hubungi kami di: (ROBERTDAVIDFINANCIALCOMPANY@GMAIL.COM)

    ReplyDelete
  17. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete
  18. Kak...lebih kurang brape lame nak pindaj duit dari kwsp ke ptptn.....?

    ReplyDelete
  19. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya melamar Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...