Followers

Jom Klik

Tuesday 10 February 2015

Bayar PTPTN menggunakan Akaun 2 KWSP Sebelum 31 Mac 2015

Entry kali nie aku nak cerita pasal tahun 2014 lepas pengumumam Bajet 2015 aku nekad nak bayar PTPTN menggunakan akaun 2 KWSP. Mula-mula buat endah tak endah jek..sekali bila dengar lepas ni PTPTN nak buat CCRIS (Central Credit Reference Information System) apa lagi terus ikhtiar macam mana nak cari duit nak bayar duit PTPTN. Tahun 2012 aku dah buat ujrah tapi bayar on off so akaun tak berapa nak cantik..

Kebetulan raya haji hari tu aku jumpa adik ipar aku punya adik kerja PTPTN..aku tanya dia macam mana nak bayar PTPTN guna KWSP..Lepas dia explain kat aku terus aku nekad nak buat pengeluaran akaun 2. Aku nak clear akaun diploma dulu. Nani banyak tolong aku setelkan surat untuk pengeluaran PTPTN ni..kalau tak masak jugak la nak pergi PTPTN nak keluarkan surat pengeluaran duit KWSP ni..aku bayar lumpsum untuk akaun diploma dalam RM15,700.00 bayar penuh dapat diskaun 20% tau..aku siap kira-kira untung lagi bayar lumpsum boleh dapat diskaun dalam RM3,000.
contoh diskaun 20%


Aku share dengan korang apa yang perlu ada untuk clear akaun PTPTN ni k.. aku dah refer banyak blog tapi tak berapa nak details diaorang bagi langkah-langkah yang perlu buat..so korang tak payah nak dua tiga kali berulang ke PTPTN dan KWSP.

Sebelum tu nak bagi maksud CCRIS :-
CCRIS ialah sistem pangkalan data berkomputer yang mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan (yang telah beri pinjaman) dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan (yang bakal beri pinjaman) sebagai rujukan untuk membantu mereka menyemak dan membuat penilaian mengenai sejarah kredit (bayaran balik) bakal peminjam / pelanggan mereka.

Kalau korang ada buat apa-apa loan cth perumahan/kereta dan kad kredit..semua maklumat korang ada dalam sistem CCRIS..


Langkah-langkah untuk pengeluaran akaun PTPTN

1) pergi kaunter PTPTN untuk mengisi Borang Pengesahan Baki Pembiayaan
2) dah dapat surat Pengesahan Penyata Baki Pinjaman  tu baru korang boleh prepare yang ni:-
    a) Perjanjian Asal Pembiayaan Pendidikan PTPTN; atau
    b) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN; dan
    c) Skroll dan transkrip beserta salinan; dan
    d) Kad pengenalan dan salinan.
    e) Semua salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan    Profesional.


Dah setel semua tu baru boleh pergi KWSP. KWSP pun kena isi borang untuk pengeluaran pendidikan. Aku pergi KWSP kat Shah Alam nie.. Petugas kaunter tu banyak membantu urusan pengeluaran ni..dah setel kat KWSP korang kena follow up dengan pegawai PTPTN tanya duit KWSP dah masuk ke belum..masa isi borang KWSP korang boleh pilih berapa amaun yang korang nak bayar. Elok bayar full la boleh dapat diskaun 20% ;)

Lagi satu nak ingatkan pengeluaran syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
  1. Permohonan pengeluaran oleh Ahli sendiri:
    • Bagi pengajian Ijazah dan Diploma, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari 2 Januari 2001 ke atas.
  2. Permohonan pengeluaran oleh Ibu/ Bapa penerima biaya:
    • Bagi Ijazah, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari April 2000 ke atas.
    • Bagi Diploma, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari 17 Januari 2006 ke atas

    So cepat-cepat la korang setel hutang PTPTN.. untuk akaun degree aku dah konsisten bayar..baru nak insaf ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...