Followers

Jom Klik

Wednesday 7 December 2016

Kelebihan Kaay Cosmetic

Assalamualaikum...

Dah lama x bersiaran..dah masuk hujung tahun pun..update balik blog sebab dah dapat reminder nak renew domain sebelum 11 Januari 2017.. tunggu gaji disember ni la ek innanie (Blogger Coklateyes) hihihi

Ok la hari ni nak share produk pasal KAAY COSMETIC.. dapat whatsapp dari admin KAAY COSMETIC ada sale hujung tahun ni.. Aku dah pakai produk ni sejak raya aidilfitri hari tu.. so far ok la serasi dengan kulit..aku ni kulit jenis kering..duduk tempat aircond lagi cepat la kulit kering.. minum air tak konsisten..aduii bila la nak berubah..

Kelebihan KAAY Cosmetic

✨ Cushion Foundation Treatment ! Menutup Cela Serta Merawat Kulit.
. ✨ Sepantas 10 saat hanya, Dap Dap Dap dah FLAWLESS !!! .
✅Dap.. Dap.. Dan ratakan pada seluruh wajah.
✅DD Cushion KAAY mempunyai VITAMIN E , Aloe Vera & Minyak Kelapa Dara.
✅ Anti penuaan , mengembalikan keremajaan kulit
✅DD Cushion KAAY mengandungi Pelembap & Sunblock SPF 50PA++.
✅Menutup parut, jerawat,jeragat serta tona warna kulit TIDAK sekata
✅Pemakaian berterusan DD Cushion KAAY membantu mengecilkan pori-pori, dan wajah kelihatan lebih lembab & halus
✅Satu bekas TAHAN 2 bulan++
✅TIDAK MELEKIT
✅TIDAK MELEKAT pada tudung kerana ia terus meresap ke kulit
✅Membantu MENGAWAL kadar minyak pada wajah
✅SESUAI untuk kulit berjerawat,berminyak,berjeragat dan normal
✅Muka kelihatan NATURAL,SMOOTH,GLOWING & FLAWLESS. ✅MUDAH dicuci, Mesra Wudhu & Mesra SOLAT .

* kredit to KAAY Cosmetic Instagram.

 

Testimoni aku pun ade keluar dalam ig kaay cosmetic.. Tq admin & kak kathy ^_^

 

kalau korang nak tahu produk ni keluaran blogger terkenal iaitu kak kathy a.k.a kathyjem. aku memang follow cerita kak kathy ni sejak tahun 2012. Sejak tu aku pun dah terjebak dengan dunia blogger ni..banyak info dalam blog kak kathy ni..

pape pun jom pakat beli produk ni! memang recommended.

Tuesday 27 September 2016

Dah 9 tahun kerja di Pejabat Pembangunan

Assalamualaikum dunia..

Baru hari nie aku nak jenguk blog aku..dah lama tak menulis kat sini..sibuk dengan urusan dunia..akhirat entah la cukup ke tidak dengan amalan..

Sejak duduk department baru nie tak sempat nak update blog..keje makin bertambah.. aku sekarang duduk bahagian bajet & kawalan kos..Esok genap aku bekerja 9 tahun sebagai pekerja kontrak di Pejabat Pembangunan.. Kontrak aku habis tahun depan..ramai kawan-kawan aku kontrak tidak disambung..aku ni hanya menunggu masa lagi setahun.. Nak jugak cari angin baru tapi apply kerja lain masih belum dapat.. hanya bersangka baik padaNya belum rezeki aku :)

Banyak suka duka aku kerja kat sini..dari bujang, bertemu jodoh sampai anak pun dah 3 orang..syukur alhamdulillah...alhamdulillah juga aku masih bekerja..jika tak kerja siapa nak bayar komitmen aku..kesian kat en suami :(

Tapi akan aku usaha juga apply kerja lain..mungkin dah tiba masa aku mencari kerja lain..korang yang singgah baca coretan aku ni doa2kan la ek aku dapat kerja lain..walaupun orang kata dah lama kontrak kat uitm ni senang nak serap tapi bukan semudah yang korang sangka..temuduga memang dah banyak kali..tapi keputusannya selalu mengecewakan..mungkin bukan lagi rezeki aku.. bersangka baik padaNya..

 It's time to move on..dont give up :)


Thursday 26 May 2016

Kebaikan NATURE'S PROMISE produk organik

Assalamualaikum..

Nak share dengan korang pasal produk NATURE' S PROMISE ni..dah pakai sebulan lebih..dah nampak kesannya..aku ni mengalami masalah kulit kering..opis aircond lagi cepatla kulit aku ni kering pastu dah ada garis-garis penuaan & eyebag yang ketara..aku dah pakai sebulan produk ni..kulit nampak moist la sikit dari sebelum ni..produk organic pelan-pelan nak serasi dengan kulit kita..kulit pun dah makin gelap..dah beberapa orang dh tegur kat opis ni huwaa..tak kan nak ambil irfan balik sekolah pakai payung??? en suami kata kalau tak nak gelap pakai payung huhu.. emm biar je la gelap sikit..nak buat camne redha je la..kulit memang tak berapa nak cerah...

Rosehip Oil

First aku pakai CERTIFIED ORGANIC ROSEHIP OIL by Nature's Promise..lepas korang cuci muka kulit basah-basah lagi korang sapu la rosehip oil ni..sapu satu muka memang jadi lembut je..aku kan menghadapi kulit kering..lagi-lagi time period..cepat-cepat la sapu rosehip oil ni..

Kandungan Rosehip Oil (Ingredients)
Keajaiban rosehip oil terletak pada komposisi penyusunnya, yang memiliki sifat anti aging, dan vitamin kulit yang sangat baik untuk digunakan setiap hari maupun sepanjang waktu tanpa efek samping negatif. Beberapa komposisi aktif dari rosehip oil diantaranya : -

a) Vitamin C yang sangat baik untuk membangun sistem pertahanan tubuh dan memperbaiki bermacam masalah kulit, mencerahkan, mengatasi flek hitam, bekas luka dan lain lain.

b) Lycopene : Banyak ditemukan pada buah-buahan dan sayuran, lycopen merupakan unsur antioxsidan yang dapat mencegah kerusakan pada sel kulit anda .

c) Vitamin A : Atau lebih dikenal sebagai Retinol, merupakan zat penting dalam produk-produk perawatan kulit .

d) Omega 9 : Fatty Acid atau disebut juga oleic acid, merupakan komponen penting dalam produk perawatan kulit .

e) Beta Carotene : Antioxidan yang ampuh untuk mencegah kerusakan sel & radikan bebas.

f) Omega 6 : Dikenal sebagai linoleic acid, yang dapat membantu mengatasi peradangan, meremajakan kulit dan mengurangi garis-garis kerutan halus pada kulit.

*sumber dari  authorised.dealer_malaysia

Lepas tu aku pakai Aqua Sunscreen..yang ni memang best tak melekit kat tangan dan muka..sesuai untuk kulit sensitif macam aku.. nature looking bila pakai pagi-pagi nak pegi keje tu nampak flawless gitu hahaha













malam-malam pulak sebelum tido pakai ni Rose Face Mask
yang ni bau bunga rose..sejuk je bila letak kat muka

Kelebihan Rose Face Mask ni ialah:-
  • Menghilangkan jerawat , parut & jeragat
  • Menyekatakan warna kulit yang tidak sekata
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Menghilangkan blackhead, whitehead & cells kulit mati
  • Mampu mengurangkan kedutan & menutup rapat liang pori yang terbuka
  • Membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis, sunburn & kulit sensitive
  • Kulit kelihatan lebih kemerahan secara semulajadi dan berseri2 dengan adanya pati kelopak bunga ros yang membuatkan kulit pinkish2 merah/blushing
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak pada kulit muka
  • Menyejukkan kulit dari dalam, sesuai untuk merehatkan dan merawat kulit sunburn
  • Meneutralkan ph kulit
  • Membantu anda mendapatkan kulit wajah yang segar, bermaya, gebu, awet muda dan bercahaya(glowing) secara semulajadi
  • Melembapkan kulit dan menggebukan
  • 100% CHEMICAL FREE.

*sumber dari  authorised.dealer_malaysia

Aku beli produk ni dari wanie..korang boleh klik kat sumber tu instagram wanie..harga berpatutan..selalu la jenguk-jenguk ig wanie ni..kadang-kadang ada harga special ^_^



 

Thursday 12 May 2016

Beli Barang Online Baju Budak

Assalamualaikum..........

Pejam celik pejam celik dah nak masuk pertengahan tahun..minggu ni abang irfan exam..hari ini paper matematik.. harap-harap abang irfan boleh buat..dalam kereta tadi sempat study sikit..bab tolak je abg irfan masih keliru lagi.. tak pe la periksa kali sebagai permulaan nak tengok skill & knowledge abg irfan...

Hari ni dah masuk 5 Syaaban.. tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan..en suami dah tanya bila nak beli baju raya..malas nak beli time posa..letih nak bawak budak-budak ikut shopping..kang tak pasal-pasal ada yang kena marah hahaha.. semalam aku terlebih rajin nak survey baju toddler kat IG..banyak website tengah sale contoh gap factory, the children place, osh kosh, carter, the pumpkin patch..survey punya survey banyak saiz dah habis..stok clearance banyak dah abis saiz..selamat duit hahaha

Brand Next pun dah ada delivery kat malaysia..tapi aku selalu order kat personal shopper kat IG.. sebab diaorang beli banyak..jimat duit shipping..kang kena dengan tax lagi..malas aku nak fikir..order saja.. kalau korang guna credit card nanti memang pantang sale je asyik nak beli..so kena jiwa kental jangan guna credit card muahahaha.. kalau tak jenuh aku nak clear hutang..

Pengalaman lama dah ada sebelum ni..dapat duit ganjaran kerja kontrak tak dapat nak merasa..kena clear hutang credit card..serik dah aritu dah nak dekat 2k..bayar sikit-sikit pun macam tak luak.. Learn from mistake kena belanja ikut kemampuan..jangan ikut nafsu..

Aku selalu beli barang online ni pun bila sale je..tapi kena pandai cari PS.. ada yang boleh installment..terpulang kepada kemampuan..aku prefer yang installment.. en suami pun bising suka hutang..terasa sayang duit nak keluar sekali banyak..aku suka beli baju untuk dhiya by online..
sebab bila shopping dengan budak-budak ni memang tak dapat memilih..macam-macam ragam..

Ok la nak share PS yang patut korang beli kat IG / FB

1)  Barangmurahukdotcom

2) sweetsamarra.apparel

2) babytobuzz 

3) shoppe.uk 

4) baby_xoxo

5)  hanah.couture

Yang paling fevret aku selalu order barangmurah uk & sweetsammarra.apparel

selamat bershopping daa..

ni contoh checklist takut lupa bayar




Monday 11 April 2016

tahun 2016...Irfan dah Darjah Satu

lamenye dah tak update blog..oleh sebab kekangan masa yang teramat sejak irfan dah sekolah, danial dah masuk taska dan bebanan kerja kat opis yang makin-makin bertambah..Masa awal tahun haritu sibuk pindah opis..jadi serabut nak kemas itu ini..ni pun tak abis lagi kemas..emm biar je la..

Sejak irfan sekolah ni pengurusan masa amat penting!! pagi-pagi aku kena bangun dalam pukul 5.30 pagi nak siapkan anak-anak..susun beg sekolah, mandikan diaorang & macam-macam lagi la..6.30 pagi memang aku akan pastikan hantar dhiya kat rumah pengasuh..6.35 pagi dah kena ada kat dalam kereta..tidor?? memang tak cukup sebab balik sekolah nak kena set macam-macam dalam otak ni..basuh baju, kemas baju, beg sekolah..mula-mula tu rasa kekok..dah 4 bulan baru ok :)

ok la nak share sket telatah anak-anak masa baru-baru masuk sekolah..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...