Followers

Jom Klik

Friday 10 October 2014

TeeHijab Exclusive Halfmoon Glitter

Shopping Online! memang rambang mata masa cuti bersalin aritu..maklumla masa raya aidilfitri tak malas nak membeli sebab menanti kehadiran orang baru ^_^. apalagi masa dhiya tido aku pun rajin la jenguk-jenguk kat FB dan IG..banyak pulak promosi tapi tak boleh nak pakai lagi sebab pantang!
ok dah habis pantang baru boleh melaram hihi. aku ada beli shawl halfmoon glitter dari TeeHijab Exclusive  Memang puas hati kalau korang beli sebab tak jarang dan senang pakai..korang jus lilit sekali je. Aku siap repeat order lagi dengan TeeHijab sebab ada promosi 3 helai RM100! Sebab modelnya Engku Salwani yang pakai dan aku pun beli la dan terus jatuh hati. Aku pun kasi testimoni kat admin Tee Hijab. Tak sangka terpilih masuk dalam FB dan IG tee Hijab..

Terima kasih Tee Hijab

.

Contoh Halfmoon Hanina
http://teehijab.com/v1/index.php?route=common/home

Monday 15 September 2014

Part 2 : Pengalaman Bersalin di Hospital Sg Buloh

Hari ni genap 44 hari berpantang..baru nak update blog ;)
Sambung citer balik pengalaman bersalin di Hospital Sg Buloh..kejap pulak masanya dah habis pantang kali ni..sebab sibuk jaga 2 hero yang makin banyak kerenah bila dah dapat adik ni...
Masa dalam wad PAC tu duduk kejap aje tak sampai 1jam..sms en suami kata dah tak tahan sangat masa duduk dalam wad tu rasa memang nak patah pinggang.. tapi aku tak de la jerit-jerit macam bilik sebelah..cuak dengar bilik sebelah tahan sakit..aku banyak baca zikir doa nabi yunus..dalam wad tu pun ada tampal ayat yang perlu diamalkan bagi memudahkan bersalin..ayat 3 Qul, ayat kursi dan al fatihah.. memang mulut ni terkumat kamit baca doa2 tu :)
Masa pukul 12 tengah malam tu darah tetiba banyak keluar..aku pun dengan cuak panggil nurse..nurse cakap 'lambat lagi awak ni..biasa la sakit nak bersalin awak kena tahan sikit' --- aku diam je la :( kali ke 3 aku panggil lagi nurse tu kata aku dah nak teran..kelam kabut nurse tu check bukaan terus dia kata dah buka penuh..nurse tolak cepat-cepat dalam labour room..kelam kabut bidan tu nak sambut..kali ni aku teran macam senang plak rasanye 2 kali je..nurse2 dalam labour room tu bagi semangat!! Jerit2 kata awak bole buat :) sempat bidan tu kata lupa nak panggil suami sharia..aku masa tu tengah sakit aku kata panggil en suami masuk..aku terlupa en suami memang tak bole tengok darah..dia boleh pingsan woo.. masa dia sampai bidan tu nak keluarkan uri..memang gigil la lutut en suami tengok keadaan macam tu..cepat2 dia tunggu luar tak nak masuk.. pkl 12.37 dhiya amani selamat dilahirkan..alhamdulillah dapat jugak seorang puteri :)
Aku kena duduk wad 5 hari sebab aku ada bunyi murmur tu masa pregnant..yang aku bengang tu doc junior tu kata aku sakit jantung dalam report dia..aku kata report ujian echo kat hospital klang aku normal..ikut prosedur memang kena duduk 5 hari..layan je la.. sebelum dan selepas bersalin kena inject antibiotik untuk elak jangkitan kuman kat jantung..
Sepanjang 5 hari duduk hospital..memang macam-macam ragam korang boleh tengok..aku pun sempat turun ilmu kat ibu-ibu yang first time dapat anak macam mana nak bf..rasa macam best dapat bantu orang..
Ape pun aku memang suka bersalin kat hospital sg buloh..nurse pun baik2 bila nak check aku dan baby..rezeki masing2 tau..ade yg cakap nurse kat situ garang..dari pemerhatian aku normal la sebab diaorang pun letih jugak nak melayan kerenah patient..memang respect la kat nurse2 wad 6C hospital sg buloh!!  Guard kat hospital ni pun dah cam en suami..sebab en suami selalu nak hantar barang masa bukan waktu melawat..pastu lepak lame2 dgn aku sampai kena halau hihihi..tu semua jadi kenangan bila ingat balik :)

Sunday 17 August 2014

Part 1: Pengalaman bersalin kali ke 3 di Hospital Sg Buloh

Alhamdulillah hari ni dah hari 16 berpantang..anak-anak dah tido baru ada semangat nak update blog ^_^
Macam biasa la anak ke 3 ni aku memang doa lahir bulan Ogos nak sama dengan abang danial..tiga-tiga orang anak dilahirkan bulan SYAWAL..yang ni memang tak dijangka..syukur rezki anak-anak lahir bulan Syawal..pasni senang nak ingat ;) 

Ok nak cerita pengalaman bersalin kali ni memang rasa kejap je..tapi macam-macam dugaan..en suami demam sehari sebelum baby lahir..masa tu hari khamis..cepat-cepat en suami pergi demc ambil ubat..temperature 40°c tinggi jugak tu..doc bagi antibiotik..

Alhamdulillah esoknya hari jumaat tu dah ok..aku pagi jumaat tu tetiba rajin berkemas..entah rasa gerak hati macam malam ni nak bersalin..sebab aku asyik nak membuang je..tengahari tu aku dah start sakit pinggang macam period pain..tapi aku buat tak tau je..melayan kerenah anak-anak yang makin lasak..petang tu aku try tido kejap tapi tak lena sebab dah start sakit setengah jam sekali..dalam hati kata tak kan tak de keluar tanda???

Lepas mandi danial aku pun nak pergi mandi..sekali check kat panty liner dah ade darah keluar..isk macam mana aku bole tak perasan..terus aku call en suami bitau kata dah keluar tanda..lepas maghrib terus pergi hospital sg buloh..dalam hati memang doa dan banyak zikir sebab dah rasa sakit setiap 15 minit...

Sampai dewan bersalin kat kaunter pendaftaran terus misi tu tolak naik wheelchair masuk PAC check urine dan ctg baby..doc check dah buka  5cm..terkejut jugak aku..patut la dah rasa sakit..tapi wad penuh kena duduk kat kerusi dulu tahan sakit..aku pun asyik keluar masuk jumpa en suami kat kaunter sembang-sembang nak bagi hilang sakit..pukul 11 malam tu sakit dah macam kerap 10minit sekali..aku tanya misi tak ade katil kosong ke? Aku dah tak tahan sakit duduk kat kerusi..misi tu check ade satu katil kosong..misi suruh baring..tapi aku tak boleh nak baring..dah sakit sangat..masa ni dah 5 minit sekali..darah pun dah keluar..aku jalan keluar cari misi kata dah tak tahan sakit..misi tu check mula-mula kata 5cm..dia suruh aku sabar sebab labour room penuh..

Aku macam tak puas hati sebab dah rasa sakit sangat pastu rasa nak teran..kelam kabut misi tu check balik..cepat betul bukaan dah 9 cm..terus misi tu tolak katil masuk labour room..dia suruh aku tahan jangan teran..aku pun tahan la sambil sebut allah banyak kali..kelam kabut diaorg nak prepare labour room..nasib misi yang nak sambut baby dah standby..cuma dia suruh tahan kejap..masa tu baru air ketuban pecah..kali ni memang sakit sangat nak bersalin..
Sambung nanti part 2..dah letih taip hihi

Wednesday 9 July 2014

Checkup 34 minggu untuk Cardiac Murmur

Hari ni aku nak share pasal cardiac murmur atau heart murmur..masa checkup paru-paru dan dada kat klinik desa haritu doktor dapat detect bunyi abnormal kat jantung aku..katanya bunyi kuat sangat so kena refer klinik pakar dekat Pandamaran..aku pun cuak la jugak..sebab memang ada rasa mengah-mengah sikit bila dah masuk trimester 3 ni..aku checkup kat Klinik Suraya Seksyen 3 pun Dr Sabrina suruh refer hospital cepat-cepat..takut sebab anemia je sebab HB aku makin lama makin turun ;(

APA ITU HEART MURMUR?
Heart murmur adalah suara (bunyi) yang dapat didengar dengan stethoscope yang umum, yang dihasilkan ketika darah lewat melalui area-area tertentu dari jantung.

Bagaimana Jantung Bekerja

* Setiap denyut jantung mempunyai dua fase (tahap), systole ketika jantung memompa dan diastole ketika bilik-bilik jantung diisi dengan darah.
* Darah memasuki atrium kanan dari tubuh via vena cava.
* Ia berjalan melalui klep tricuspid kedalam ventricle kanan.
* Denyut jantung systolic mengirim darah melalui klep pulmonary, yang memisahkan ventricle kanan dan arteri pulmonary, ke paru.
* Didalam paru, oksigen diantar ke sel-sel darah merah dan karbon dioksida, produk limbah dari metabolisme, dikeluarkan.
* Darah yang beroksigen kembali ke atrium kiri dimana ia berjalan melalui klep mitral kedalam ventricle kiri.
* Denyut jantung systolic menyebabkan sisi kiri jantung berkontraksi dan mengirim darah melalui klep aortic yang memisahkan ventricle kiri dan aorta.
* Darah lewat melalui aorta ke tubuh mengantar oksigen ke jaringan-jaringan tubuh.

Suara murmur dihasilkan ketika aliran darah didalam jantung tidak lancar dan turbulensi terjadi. Dengan menggunakan stethoscope, dokter mungkin mampu mendengar heart murmur sewaktu pemeriksaan fisik. Catatan, tidak semua heart murmur adalah abnormal atau berbahaya, namun jika satu hadir itu mungkin memberi sinyal pada kelainan struktural dari jantung.

Aku siap pergi buat echo kt hospital klang..alhamdulillah result normal...ni result yang sempat aku ambil sebelum bagi kat doc klinik pandamaran..senang apa-apa hal masa nak deliver boleh tunjuk kat doc..


Friday 9 May 2014

Jalan-jalan naik feri

Baru arini rajin nak update blog ni pun sebab malas nak buat kerja..dah petang jumaat..moral jangan ikut tau hihihi..semalam dah penat datang temuduga spa post librarian..Arini jadi malas plak...
Last week cuti hari pekerja balik penang..So nak upload gamba bawa anak-anak jalan naik feri..masa diaorang kecik-kecik selalu bawa naik feri..tapi abg irfan tak ingat..So sejak dah masuk pra sekolah ni memang abg irfan suka bercerita dengan kawan-kawan sekolah..Share gamba terus pasal gelagat budak berdua ni..





Ni pula dah sampai pulau kita cari nasi kandar LINE CLEAR




Memang meletop la makan nasi kandar ni..Malamnya en suami sakit perut..Nasib la tak sakit perut..jenuh jugak asyik ke toilet sebab perut dah makin besar...

Monday 3 February 2014

Lame x update blog..........

Dah berapa bulan blog ni bersawang hihi..dah masuk bulan Februari 2014 pun..masa awal disember 2013 aritu aku disahkan pregnant...terkejut jugak nak masuk anak no tiga tuh!! unexpected hihi syukur dengan rezki yang Allah beri ^_^

Masuk 5 minggu aku kena morning sickness teruk..tak bole makan dan minum..memang lembik kaw2 punye..tak larat nak bangun..jalan pun macam nampak bintang-bintang je..kesian anak-anakku macam terabai..mana taknye aku asik tido je..memang abah diaorang la jaga..asik nak muntah je kejenya..bau orang masak pun tak boleh ;(

16 Disember aku pergi Pusat Kesihatan UiTM..kena dripped air 2 botol..tapi keton aku tahap 4 so doktor suruh refer hospital..adehhh ni memang part paling malas nak pergi hospital..takut kena tahan..aku mintak doktor tulis surat kat Hospital Sg Buloh..dah la hari Isnin memang ramai la orang kat Dewan Bersalin tu..memang aku kena tahan masuk air lagi tapi tak ada katil kosong so kena duduk 2 jam sambil air tergantung..en suami dah balik rumah dengan irfan sebab nak ambil danial kat rumah pengasuh..tinggal la aku sorang2 kat hospital ;( uwaaaa

Hari pertama

Aku kena tahan 5 hari..22 botol air masuk kat badan aku ni sampai lebam dah tempat cucuk..duk hospital memang bangun tido, check bp, check urine...arghhh tension gak sebab nak cepat balik..kesian kat anak-anak..alhamdulillah diaorang dijaga baik oleh atuk dan nenek di Klang..tapi kesian kat en suami yang terpaksa berulang jauh..

Hari kelima

hari ni aku baru semangat nak bukak blog...sebelum ni x lalu nak duduk lame2 depan pc..jadi benci huhuhu sori la ek perubahan hormon gamaknye...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...