Hari ni genap 44 hari berpantang..baru nak update blog ;)
Sambung citer balik pengalaman bersalin di Hospital Sg Buloh..kejap pulak masanya dah habis pantang kali ni..sebab sibuk jaga 2 hero yang makin banyak kerenah bila dah dapat adik ni...
Masa dalam wad PAC tu duduk kejap aje tak sampai 1jam..sms en suami kata dah tak tahan sangat masa duduk dalam wad tu rasa memang nak patah pinggang.. tapi aku tak de la jerit-jerit macam bilik sebelah..cuak dengar bilik sebelah tahan sakit..aku banyak baca zikir doa nabi yunus..dalam wad tu pun ada tampal ayat yang perlu diamalkan bagi memudahkan bersalin..ayat 3 Qul, ayat kursi dan al fatihah.. memang mulut ni terkumat kamit baca doa2 tu :)
Masa pukul 12 tengah malam tu darah tetiba banyak keluar..aku pun dengan cuak panggil nurse..nurse cakap 'lambat lagi awak ni..biasa la sakit nak bersalin awak kena tahan sikit' --- aku diam je la :( kali ke 3 aku panggil lagi nurse tu kata aku dah nak teran..kelam kabut nurse tu check bukaan terus dia kata dah buka penuh..nurse tolak cepat-cepat dalam labour room..kelam kabut bidan tu nak sambut..kali ni aku teran macam senang plak rasanye 2 kali je..nurse2 dalam labour room tu bagi semangat!! Jerit2 kata awak bole buat :) sempat bidan tu kata lupa nak panggil suami sharia..aku masa tu tengah sakit aku kata panggil en suami masuk..aku terlupa en suami memang tak bole tengok darah..dia boleh pingsan woo.. masa dia sampai bidan tu nak keluarkan uri..memang gigil la lutut en suami tengok keadaan macam tu..cepat2 dia tunggu luar tak nak masuk.. pkl 12.37 dhiya amani selamat dilahirkan..alhamdulillah dapat jugak seorang puteri :)
Aku kena duduk wad 5 hari sebab aku ada bunyi murmur tu masa pregnant..yang aku bengang tu doc junior tu kata aku sakit jantung dalam report dia..aku kata report ujian echo kat hospital klang aku normal..ikut prosedur memang kena duduk 5 hari..layan je la.. sebelum dan selepas bersalin kena inject antibiotik untuk elak jangkitan kuman kat jantung..
Sepanjang 5 hari duduk hospital..memang macam-macam ragam korang boleh tengok..aku pun sempat turun ilmu kat ibu-ibu yang first time dapat anak macam mana nak bf..rasa macam best dapat bantu orang..
Ape pun aku memang suka bersalin kat hospital sg buloh..nurse pun baik2 bila nak check aku dan baby..rezeki masing2 tau..ade yg cakap nurse kat situ garang..dari pemerhatian aku normal la sebab diaorang pun letih jugak nak melayan kerenah patient..memang respect la kat nurse2 wad 6C hospital sg buloh!! Guard kat hospital ni pun dah cam en suami..sebab en suami selalu nak hantar barang masa bukan waktu melawat..pastu lepak lame2 dgn aku sampai kena halau hihihi..tu semua jadi kenangan bila ingat balik :)
No comments:
Post a Comment