Anda
rasa anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi awas,
kebanyakan diabetes melitus hadir tanpa kita sedari dari awal.
Sebenarnya terdapat tanda-tanda awal diabetes sebelum kita disahkan
menghidapi diabetes iaitu:
Tanda-Tanda Awal Diabetes:
1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit
Selalunya
pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal
sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka
menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah
berikut kepada doktor.
Tanda-Tanda Diabetes:
- Kulit
- Gusi
- Jangkitan pundi kencing
2. Penglihatan yang semakin kabur
3. Luka lambat sembuh
5. Parut luka berwarna kehitam-hitaman
4. Rasa kebas di tangan atau kaki
5. Tekanan darah tinggi mula hadir
6. Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan
otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)
otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)
Punca-Punca Diabetes Melitus
Kita
harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh
mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri
sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus
boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang
terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes
melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.
Penyakit
diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah
hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain
menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes,
namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis.
Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:
1. Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan
insulin setiap hari.
insulin setiap hari.
2. Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak
menggunakan insulin dengan betul seperti biasa
menggunakan insulin dengan betul seperti biasa
Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes
- Adik beradik kepada pesakit diabetes
- Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
- Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
- Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
- Individu yang tindak bersenam
- Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun
Pencegahan Diabetes Melitus
Lakukan
langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap
kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat
bagi pencegahan diabetes melitus:
2. BERSENAM
Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan
20 minit bagi setiap sesi dan bertambah
menyeronokkan bersenam bersama keluarga
Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan
20 minit bagi setiap sesi dan bertambah
menyeronokkan bersenam bersama keluarga
3. PENJAGAAN KESIHATAN
Lakukan pemeriksaan doktor apabila
anda mengalami tanda-tanda diabetes
Lakukan pemeriksaan doktor apabila
anda mengalami tanda-tanda diabetes
4. SUPPLEMENT
Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk
menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi
dengan baik.
Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk
menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi
dengan baik.
5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya
penyakit diabetes dalam tubuh.
Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya
penyakit diabetes dalam tubuh.
sumber dari : anakkecilkuchak.blogspot.com
No comments:
Post a Comment