Malam tadi bawa Danial pergi check kat DEMC Shah Alam..Dah lebih 2 minggu duk dengar bunyi kahak bila dia tido..Lepas kereta dah siap terus bagitau en suami malam nie kena bawa jugak Danial pergi check sebab dah lebih 2 minggu.. Ramai jugak la orang kat DEMC..Satu jam lebih jugak la tunggu..pukul 10.00 p.m baru dapat masuk jumpa doktor..Doktor check paru-paru katanya ok..tapi kena neb sikit sebab tekak merah.. Oleh kerana Danial baru 4 bulan, Doktor hanya letak air garam sahaja tak letak ubat...
danial kena pakai nebulizer |
** doctor kata badan danial tak macam baby 4 bulan.. timbang semalam berat Danial sekarang 7.1kg..
Apakah itu Nebulizer
Adalah alat untuk membantu pencairan kahak / slump yang ada di rongga dada. Kebanyakan anak kecil yang tidak pandai membuang kahak sendiri memerlukan alat ini.
Anak-anak kecil yang berumur kurang 2 tahun biasanya hanya menghidap
bronkiolitis. Ibubapa akan mendapati anak mereka selsema, dan inilah
yang mungkin dikatakan bronkiolitis, iaitu virus menyerang dan membuat
adanya lendir pada bronkiol anak (laluan udara dalam paru-paru yang
paling kecil ialah bronkiol). Jika dibiarkan, dalam masa kurang 1
minggu, anak boleh mula kedengaran bersiul apabila mereka bernafas.
Jika anda sudah ada pengalaman, anda boleh dengar jika lekapkan telinga
ke dada anak, atau lebih baik jika anda boleh dapatkan stetoskop dan
dengar di dada anak.
Bronkiolitis ini mesti dirawat segera supaya tidak melarat dan akhirnya boleh mengakibatkan anak menghidap lelah/asthma/asma. Seseorang itu hanya diklasifikasikan sebagai pesakit lelah jika mereka sudah berumur lebih 7 tahun dan masih ada simptom-simptom lelah.
Faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang bayi yang berusia kurang 1 tahun mendapat bronkiolitis ialah:

- berusia kurang 6 bulan
- tidak menyusu badan
- tinggal di dalam persekitaran yang sesak
- berada di persekitaran yang ada asap rokok
- kelahiran pra-matang (lahir sebelum usia kandungan mencapai 37 minggu
No comments:
Post a Comment