Followers

Jom Klik

Tuesday, 1 January 2013

Bye2 2012 and Welcome 2013

Assalamualaikum w.b.t..

Good morning uoll!! Pagi tahun baru nie masing2 bangun awal..ade yg dah update blog,FB, twitter dan lain2 lagi ^_^ Welkam 2013..dah bersedia ke dengan perancangan baru tahun ini dari segi nak naikkan income untuk keluarga,kerjaya, dan mulakan business dengan Shaklee ^_^ In Sha Allah semuanya akan dipermudahkan jika berfikiran positif,tawakal dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi isteri, ibu yang solehah..amin..

Sepanjang tahun 2012 ada banyak kisah pahit dan manis...nie summary kisah tahun lepas.. Malam tahun baru 2012 pergi Bagan, Butterworth kononnya bawak Irfan nak tengok bunga api..tunggu punya tunggu detik 12.00a.m dua beranak ni bole tido dalam kereta..awat letih sangat..Simptom2 keletihan yang teruk time balik kg last year..Dah la period datang semingggu lebih..buat tak tau lagi..
Nafsu makan pulak makin menjadi2..

Dah balik Saujana Utama macam tak puas hati kenapa tak period lagi nie..bagitau en suami..dia kata biar la dulu tunggu seminggu dua lagi nanti datang la period tu...baru teringat ada extra pregnant urine test..apalagi terus check la..time nie en suami keluar beli barang rumah...balik2 terus tunjuk urine test tu double line kt en suami..gembira, terkejut semua ada ;) irfan dah nak dapat adik..petang tu balik Klang terus bagitau kat emak mcm pregnant je..tapi tak jumpa doktor lagi...

Awal2 tahun kena morning sickness yang teruk sampai ambil injection tahan muntah..Berita gembira dapat offer sambung master Information Management..kena datang interview tapi tak pergi sebab tak bole bangun duk muntah2..en suami plak pergi kursus..terpaksa la lupakan hasrat nak study..ade rezki lain kali la apply..

En suami plak masa raya cina suspek demam denggi..berulang la beberapa hari pergi klinik masuk drip water..dengan aku yang tak larat muntah2 temankan jugak dia pergi klinik..akhirnya abg ipar hantar ketam batu import dari Kuala Muda..alhamdulillah terus ok..platlet darah terus naik..Lepas tu en suami terus apply Prubsn huhu

Masa pregnant 8 weeks doktor scan katanya awak ada cyst..cuak jugak sebab doktor kata bole menyebabkan keguguran..kalo sakit belah kanan cepat2 la pergi hospital..sebab ada cyst refer terus hospital UMRA seksyen 13..2 kali checkup alhamdulillah cyst tu dah hilang..Baby membesar dengan sihat dan morning sickness tu hilang masa dah 5 bulan..kali nie mengandung berat tak naik banyak..asyik cirit birit je sampai kena buat appoinment jumpa pakar pemakanan dekat Hospital Klang..tapi tak sempat Muhammad Danial Danish dah lahir dulu masa raya ke-7 bersamaan 25 Ogos 2012 jam 5.16 pagi Hospital Sg Buloh.

Sempat balik kampung kat penang tu..memang tawakal banyak2 jangan beranak dalam kereta ^_^ rezki lain pulak dapat tuka kereta..sebelum nie pakai Kenari..dah nak bertambah ahli keluarga kena la tukar kereta..ambil kereta Honda ES..en suami pulak tahun nie dia beli kereta mini mr bean..dua2 kereta nak layan..letih jugak la..Pastu dapat anugerah pekerja cemerlang..memang rezki anak la tahun nie..Alhamdulillah

Tahun nie jugak dapat panggilan interview masa pregnat dan masa pantang hari tue..tapi dukacita tak dapat jugak untuk jawatan tetap..sedih jugak la tapi positif balik belum ada rezki..kena usaha lagi tahun 2013.

Papepun tahun lepas banyak perkara pahit dan manis dan tahun 2013 nie nak usaha lebih sikit untuk capai apa yang tak dapat tahun lepas ^_^  Ya Allah semoga dipermudahkan..amin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...