Followers

Jom Klik

Monday 24 June 2013

Khasiat Buah Lemon

Dah sekarang musim jerebu jom kite pakat makan lemon untuk tingkatkan imun badan kite..cara ni paling mudah dan murah ^_^

Caranya mudah sahaja ambil segelas air suam/sejuk..perah lemon dalam air tersebut..kalau korang rasa masam sangat..letak madu atau gula sikit ^_^


Antara khasiat buah lemon:-

1. Membersihkan kulit
Vitamin C dalam lemon membantu pembersihan racun dari darah kita untuk menghilangkan noda dan mengurangi garis-garis halus dan kerutan di wajah.

2. Menyeimbangkan pH Anda
Air lemon dapat menyeimbangkan pH dalam tubuh Anda. Memang lemon rasanya sangat masam, tetapi mempunyai effect yang menakjubkan pada tubuh kita. Menjaga pH tubuh seimbang mencegah munculnya virus dan bakteria jahat dalam tubuh kita.

3. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Manfaat lain dari air lemon yakni membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh kita. Kalium dalam jus lemon dapat mengawal tekanan darah, merangsang fungsi otak dan saraf dan vitamin C.

4. Turunkan berat badan
Air lemon juga membantu dalam penurunan berat badan! Di samping itu, minum air lemon membantu meningkatkan metabolisme anda.

5. Membantu masalah pernafasan
Jika Anda mengalami masalah pernafasan seperti asma, air lemon merupakan minuman yang ideal untuk Anda! Air ini memiliki sifat antibakteria dan membantu menyingkirkan infeksi dada serta mengurangi batuk. Air lemon juga dikatakan membantu alergi dan menjaga tubuh lebih seimbang.

Nisfu Syaaban

Sekejap je harini dah masuk 15 Syaaban..tak lama lagi nak masuk Ramadhan..Insha Allah hari nie berpuasa..lagi berapa hari lagi tinggal..tahun lepas mengandung Danial masa bulan puasa..tapi tak penuh jugak..sebab masa puasa tu kena batuk dan selsema sampai sakit gigi..asyik MC je la sebab gigi sakit..pernah x-ray doktor kata urat gigi tu dekat dgn urat sinus..bile batuk selsema memang ada effect..

Sempena hari ini 15 Syaaban nak share dengan apa itu Nisfu Syaaban...

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“ Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.” ”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
* sumber wikipedia

Hari ni buku amalan baru dah di buka..tahun ni kena tambah amal ibadat yang mane yang kurang-kurang tu..banyakkan sedekah, tambah solat-solat sunat..lancar mengaji (dah start belajar kat office) insha allah..moga dipermudahkan..

Ya Allah permudahkanlah hambaMu ini menambahkan ilmu dunia dan akhirat..Moga-moga hari ini hujan Ya Allah.. tahap jerebu dah makin teruk..kesian kat anak-anak dah start bersin, batuk dan selsema..Sekolah semua Selangor tutup hari ini...mode jaga anak ^_^

Tuesday 11 June 2013

Cara Tambah Berat Badan Dengan Vitamin Shaklee

Ramai jugak yang bertanya macam mana nak tambah berat badan dengan Shaklee ni??? Saya pun mengalami masalah yang sama dari sekolah lagi iaitu berat sikit tinggi pulak melampai..Pernah dulu kat sekolah member panggil kacang panjang..(teringat zaman sekolah hihi)

Ok sekarang nie baru berjaya tingkatkan berat badan selepas 5 bulan mengambil Shaklee..Lagi satu saya jugak dah start pergi gym..memang lepas workout confirm nafsu makan membuak-buak..lagi pun kat office nie ade buat program Jom Sihat.. Ape lagi masa nie la kite ada masa nak jaga kesihatan diri kita..Result timbang bulan lepas dah naik sekilo ;)

Nie Cadangan Supplemen yang perlu di ambil untuk tambah berat badan:-

1) MEAL SHAKES

membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. rasanya sedap mcm milk shake kat McD. protin amat penting dalam proses menambah berat badan ini kerana pengambilan protin boleh mengisi keperluan tubuh sebab protin adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat ke..nak kurus ke..nak cantik ke..semuanya perlukan protin dan antara sebab yg lain ialah, protin membantu penyerapan yg lebih baik ke atas supplement yang kita ambil..

2) B- COMPLEX
mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

 3) VITA-LEA
Dilengkapi dengan 28 jenis vitamin dan juga mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita..

JADUAL TAMBAH BERAT

Pagi (Sarapan) :
Makan pagi terpulang, mahu makan nasi goreng atau nasi lemak atau apa sahaja.
Janji mesti ada daging / ayam / telur / ikan)
Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu Mealshake)
Makan B Complex 1biji, Vitalea 1biji dengan PLAIN WATER dan bukan susu.

Lunch:
Makan siang - nasi bersama lauk ayam / ikan / daging

Tea time :
Makan roti, Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu mealshake)

Makan Malam:
sebaiknya 3 - 4 jam sebelum tidur makan nasi + lauk..sikit-sikit pun tak mengapa..janji makan :)
Mkn vitalea 1 biji lagi

10 minit sebelum tidur :
Makan roti sekeping.. Minum susu 1 gelas

RULES
exercise sehari 10 minit at least..drink lots of water of course :)

Jadi jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin dalam jadual pemakanan supplement dan jadual pemakanan harian (akan saya bg exclusive utk customer saya) dan workout dan semuanya perlulah istiqamah dan berterusan..tak boleh kejap makan, kejap ikot, pastu malas dah tak ikot lg..memang la tak jadi kan..Ia bukan saja berjaya menaikan berat badan anda secara sihat, badan anda juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap.

Tuesday 4 June 2013

CoQ Health Shaklee :: Produk Terbaru Shaklee 2013

Tak sabar rasanya nak pergi National Conference Shaklee 8 Jun 2013 nie.. Shaklee dah umum nak launch produk baru masa NC nanti iaitu CoQ Health Plus..

Ni dia produk tu..taraaaa ^_^
Jom kita berkenalan dengan produk ini:-

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Mungkin ramai masih tak tahu apa fungsi Co Enzim Q10 ni kan?

Di antara fungsi Co Enzim Q10 :
- menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
- bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL)
- membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung

 
 Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Manfaat lain Co Enzim Q10 :
1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian



Shaklee's Difference ??
Keistimewaan Supplemen CoQ Health Plus Shaklee ialah ianya :
>> mengandungi campuran Co Enzim Q10 , Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau.
Campuran ini meningkatkan lagi keberkesanannya dalam mengoksidakan kolesterol LDL.
>> ianya semulajadi dan tiada bahan sintetik.

Cara Pengambilan :
Diambil selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak.

Untuk Maklumat Lanjut Boleh Hubungi di :
FB : https://www.facebook.com/sharia.rodzi
HP : 012-3555029
Shaklee ID : 907354


Sumber dan Kredit :
http://supermamashoppe.blogspot.com
http://www.gnet.org/support-your-health-with-coq10/

http://good.myblogtribe.com/coq10-complement/

http://heartsbye.blogspot.com/2013/06/produk-terbaru-shaklee-coq-health-plus.html


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...