Followers

Jom Klik

Friday 22 March 2013

Ekspo Selangkah ke UiTM 2013

Tahniah kepada adik-adik yang dah tau result SPM semalam..ramai jugak yang mendapat A semua subjek..memang pandai la korang...teringat masa SPM dulu..dapat 1 je A..tapi dapat jugak masuk universiti..Walaupun intake bulan November 2001, alhamdulillah dapat jugak menjejakkan kami ke universiti..Kerja pun kat UiTM..memang UiTM dihatiku!!


Ini antara objektif utama program ini dianjurkan adalah sebagai platform untuk bakal mahasiswa khususnya mendapatkan informasi berkaitan program-program yang disediakan oleh UiTM dan secara langsung membantu bakal mahasiswa dalam memastikan mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang yang dipilih serta mengurangkan kadar ‘tersalah pilih program’ dan ‘pertukaran program’. Bakal mahasiswa juga amat digalakkan untuk membuat semakan kelayakan melalui laman web www.selangkah.uitm.edu.my

 Ekspo Selangkah Ke UiTM 2013 turut menyediakan slot Taklimat Fakulti. Taklimat Fakulti ini  akan memberi pendedahan dan ruang kepada bakal mahasiswa untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai program yang disediakan oleh 25 buah fakulti di UiTM.

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2013 ini juga diadakan di seluruh UiTM Kampus Cawangan.

Korang boleh refer poster nie..


2 comments:

  1. bestnyer kalau dpt gi uitm kan?tingat dulu2 mase study kt sane...s.alam :)

    ReplyDelete
  2. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ follow kamu ya..ditunggu follow awak ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...