Followers

Jom Klik

Friday, 22 March 2013

Ekspo Selangkah ke UiTM 2013

Tahniah kepada adik-adik yang dah tau result SPM semalam..ramai jugak yang mendapat A semua subjek..memang pandai la korang...teringat masa SPM dulu..dapat 1 je A..tapi dapat jugak masuk universiti..Walaupun intake bulan November 2001, alhamdulillah dapat jugak menjejakkan kami ke universiti..Kerja pun kat UiTM..memang UiTM dihatiku!!


Ini antara objektif utama program ini dianjurkan adalah sebagai platform untuk bakal mahasiswa khususnya mendapatkan informasi berkaitan program-program yang disediakan oleh UiTM dan secara langsung membantu bakal mahasiswa dalam memastikan mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang yang dipilih serta mengurangkan kadar ‘tersalah pilih program’ dan ‘pertukaran program’. Bakal mahasiswa juga amat digalakkan untuk membuat semakan kelayakan melalui laman web www.selangkah.uitm.edu.my

 Ekspo Selangkah Ke UiTM 2013 turut menyediakan slot Taklimat Fakulti. Taklimat Fakulti ini  akan memberi pendedahan dan ruang kepada bakal mahasiswa untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai program yang disediakan oleh 25 buah fakulti di UiTM.

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2013 ini juga diadakan di seluruh UiTM Kampus Cawangan.

Korang boleh refer poster nie..


Tuesday, 19 March 2013

Kalsium Oh Kalsium :: Tanda-tanda Kekurangan

Malam nie nak cerita sikit pasal Kalsium..Penting tau kalsium ni untuk pembentukan tulang lagi-lagi ibu yang menyusukan anak..Pernah buat check-up kalsium masa irfan bf dulu.. terkejut jugak tengok result memang kritikal tu..memang kurang kalsium..macam-macam ambil..makan keju, minum yogurt dan macam-macam lagi...korang boleh la baca kat bawah nie..harap-harap membantu..Bulan nie Shaklee buat promosi Ostematrix...harga RM45 sebotol..kalau tak harganya RM50+  ^_^


Adakah anda mempunyai gejala yang berikut?
  • Kejang otot
  • Kebas dan rasa mencucuk sekeliling tangan dan kaki
  • Wheezing (pernafasan seperti wisel)
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Keletihan
  • Rambut kasar
  • Kuku rapuh
  • Kulit kering (Psoriasis)
  • Tumit pecah dan kasar
  • Eczema – penyakit kulit
  • Sakit sendi

Jika anda mengalami salah satu tanda-tanda di atas, maknanya anda kekurangan kalsium. Fikir-fikirkan semula, adakah pemakanan harian anda dilengkapi dengan kalsium?
 
Kenapa kita perlu mengambil kalsium?
  1. Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tau yang itu. 99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ni adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya bila seseorang tak dapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan dalam tulang dan gigi akan diambil (diserap keluar) bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot.
  2. Pembentukan struktur normal sel.
  3. Sistem saraf.
  4. Pembekuan dan tekanan darah.
  5. Fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal.
Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. Jadi kalau makanan yang kita makan tak dapat bekalkan sebanyak at least 600gram kalsium. Lebihnya akan diambil dari tulang dan gigi.
Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:
  • Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
  • Sukar tidur (Insomnia)
  • Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  • Sakit pinggang dan kaki
  • Cepat naik angin dan mudah terkejut
  • Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  • Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin
Simptom kekurangan kalsium pada kanak-kanak pula:
  • Selalu berpeluh ketika tidur
  • Sukar tidur lena
  • Terkejut, menangis pada waktu malam
  • Hyperaktif
  • Tiada selera makan, memilih makanan
  • Lewat tumbuh gigi (Selepas 10 bulan)
  • Lambat berjalan (Selepas 13 bulan)
  • Kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak
  • Rendah, lemah badan

credit to: www.mynutrisi.com


 

Thursday, 14 March 2013

Kebaikan dan Kelebihan GLA

Kali ni saya nak cerita pasal GLA ni.. yg tak pernah dengar pasal GLA, nilah evening primrose oil Shaklee..

Ape itu GLA?

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


Kebaikan dan Kelebihan GLA..

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.

GLA bukan Sahaja Untuk Wanita
Ramai yang bersalah anggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya supplemen GLA ini sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki).

 

Monday, 11 March 2013

Kedai Makan Upin dan Ipin

Semalam bawa irfan dan danial lunch kat kedai upin dan ipin..lokasi kedai ni dekat belakang Tesco Extra Seksyen 13 Shah Alam.
Menu masakan tengahari macam biasa la nasi berlauk..so kitaorang makan lauk daging masak lemak cili padi dan sambal tempoyak..perghhh memang sedap!!
Irfan macam biasa la tak sabar-sabar ajak masuk kedai barangan upin dan ipin..dapat la beli towel untuk irfan dan bantal untuk danial..
Pastu dah habis membeli baru la bole posing2 kat luar studio lescopaque ^_^

Ni alamat cawangan kedai Makan Upin dan Ipin yang boleh dikunjungi
Cawangan Shah Alam
No 24, Jalan Plumbum P7/7, Seksyen 7, 40100, Shah Alam, Selangor

Cawangan Bangi
No 19-G, Jalan 6/7 Seksyen 6, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor

Cawangan Taman Melati
No 55-G, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Setapak, 53100, Kuala Lumpur

Gelagat irfan dan danial


 
  

  


Wednesday, 6 March 2013

Kebaikan Ostematrix

 
Kebaikan Ostematrix untuk Masalah Sembelit, Kejang, Sakit Pinggang, Susah Bangun Pagi dan banyak lagi !!!
 
PROMOSI BULAN MAC
 
Kalau tanya saya, vitamin apa yang WAJIB ada di rumah anda, jawapan saya, salah satunya adalah Ostematrix, kerana ianya adalah vitamin untuk satu keluarga!

Siapa yang Perlukan Ostematrix
  • Ibu hamil - penting untuk menyokong tumbesaran tulang bayi dalam kandungan
  • Mengatasi masalah kaki cramp (simpul biawak)
  • Mengelakkan kesakitan gigi semasa hamil
  • Membantu mengatasi masalah sembelit ketika hamil dan di dalam pantang
  • Membantu dalam penghasilan susu ketika si ibu yang masih menyusu datang period (susu lazimnya akan merundum ketika period)
  • Mereka yg allergy pengambilan bahan-bahan tenusu seperti susu.
  • Mereka yang selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum.
  • Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mempunyai masalah rekahan di tumit kaki.
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
Kelebihan Ostematrix Shaklee
  • Mengandungi 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Mudah ditelan
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
Paling best tentang Ostematrix Shaklee sudah tentu TIADA SILIKA GEL !

Jom dapatkannya hari ini! Suami isteri boleh guna. juga boleh hadiahkan kepada mak dan ayah serta mak dan ayah mertua anda. Nak berkongsi beli dengan adik-beeadik dan kawan-kawan anda pun boleh. Jangan lepaskan PROMOSI ni, sangat jimat dan berbaloi-baloi tau:)

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...